Kejadian Ngeri Seorang Wanita Dibaham Harimau Hidup-Hidup Dirakam (VIDEO)

Capture
Seorang pengunjung wanita dibaham sehingga mati oleh seekor harimau di hadapan keluarganya di zoo haiwan liar dan kemudiannya dimakan secara hidup-hidup dan seorang lagi cedera parah apabila mereka keluar dari kereta di satu kawasan harimau di taman safari China.
Video dramatik ini dapat merakam ketika wanita dalam pertengahan umurnya itu tidak mengendahkan amaran dengan keluar dari kereta. Beliau mati serta merta setelah mengikut seorang perempuan keluar dari keretanya di Badaling Wildlife World, berdekatan dengan Tembok Besar China.
Kejadian itu berlaku apabila anak perempuan keluarga tersebut keluar dari kereta kerana marahkan ibu bapanya. Gadis tersebut pergi ke arah pemandu dan bertekak dengan bapanya apabila dia tiba-tiba dihampiri oleh seekor harimau Siberia yang membahamnya.
Dalam cubaan untuk menyelamatkan gadis tersebut, ibunya keluar dari kereta untuk menyelamatkan anaknya itu namun begitu, seekor lagi harimau datang dan membaham wanita tersebut. Wanita itu dilaporkan mati kerana dibaham dan dimakan hidup-hidup oleh harimau tersebut.
Anak perempuannya pula dilaporkan mengalami kecederaan parah.
P/S: Jangan main-main dengan haiwan liar. Perlu sentiasa beringat apabila masuk ke kawasan mereka. Haiwan liar ini bersifat ‘territorial’ iaitu menjaga kawasan jajahan.

0 comment... add one now