Keistimewaan Lemang Pak Ali Jadi Buruan Di Ibu Kota

Imej dari Harian Metro

Saya ingin berkongsi dengan anda lemang istimewa dan paling sedap ini yang menjadi kegilaan warga kota untuk mendapatkannya.
Lokasi kedai yang menjual lemang ini terletak di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II) dan setiap kali pada minggu akhir ramadan, pastinya jalan raya akan dipenuhi dengan deretan kenderaan yang bergerak perlahan bagi mendapatkan lemang yang paling sedap di gerai usang yang dipenuhi dengan ribuan kayu dan buluh.
Md Ramli Abdul Rasip, atau Pak Ali, 73 tahun yang merupakan pemilik gerai lemang ini mendapat jolokan “Lord Of The Lemang” kerana resipi lemangnya dikenali ramai orang serta menjadi makanan wajib ketika di Aidilfitri. Dijual pada harga antara RM10 hingga RM18 bergantung kepada saiz lemang, gerai Pak Ali beroperasi sehingga 24 jam di minggu akhir ramadan bagi memenuhi permintaan orang ramai dan tempahan dari hotel-hotel terkemuka. Kira-kira 4,000 lemang akan terjual sehari pada hari-hari terakhir Ramadan.
Ditanya tentang keistimewaan lemangnya ini, Pak Ali menyatakan kaedah pembuatan lemangnya  diwarisi daripada neneknya, menjadikan lemangnya menjadi buruan ramai.  Lemangnya dikhabarkan cukup rasa, masak sekata, berlemak dan berbau harum, membuatkan ia mampu bertahan sehinggalah ke hari ini semenjak memulakan operasi perniagaannya pada 1984. Lokasi yang strategik juga menjadi faktor lemangnya amat popular. Untuk anda yang berminat mendapatkan lemang ini, anda boleh ke:-
Lemang Pak Ali(Warisan)
35, Jalan AU5,
Lembah Keramat, Ulu Klang,
Kuala Lumpur. 0133090864

Imej dari moreaboutmalay
Sumber dari Bernama.

0 comment... add one now