Kazar Tampil Jawab Tentang Aksi Menari Gelek Keterlaluan Anaknya Ira Kaza!

maxresdefault
Pelakon Kazar Saisi memberitahu dia sudah penat menasihati anaknya Ira Kazar yang berumur 21 tahun supaya menjaga tingkah laku sehinggalah video anaknya menari gelek dengan aksi keterlaluan menjadi viral di media sosial. 
“Dah penat nasihat tapi biasalah jika tidak kena, dia tidak mahu dengar (nasihat). Sekarang dia sendiri sudah belajar dan menerima kesan atas tindakannya itu. Tapi saya anggap itu perkara biasa bagi seseorang yang sedang memalui zaman remajanya, saya tidak marah dia kerana kalau saya marah dia akan lebih tertekan dan lari rumah pula nanti. Apa yang dilakukan itu bukanlah terlalu teruk sehingga memalukan keluarga, perangai nakal remaja saya dahulu lebih teruk dari itu cuma zaman kami tiada media sosial sahaja.”
Kazar sebagai bapa meminta agar masyarakat tidak terus menghukum anaknya atas perbuatan dia yang tidak berfikir panjang sebaliknya meminta agar diberi peluang untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa hadapan.
“Saya harap orang ramai juga tidak terus menghentamnya di laman sosial, dia seperti manusia lain yang tidak lari daripada kesilapan.”
Disebabkan isu yang menimpa anak perempuannya itu, Kazar yang menggunakan akaun peribadi @kazar35 berkata dia juga tidak berhasrat untuk menutup akaun Instagram peribadinya disebabkan kejadian itu dan dia juga hanya akan lebih memilih untuk membenarkan pengikut-pengikut yang ikhlas mengenalinya sahaja berbanding bertujuan mengecam dia dan keluarganya.
- See more at: http://www.suriafm.com.my/hiburan/gosip-selebriti-tempatan/kazar-tampil-jawab-tentang-aksi-menari-gelek-keterlaluan-anaknya/#sthash.7uLODedG.dpuf

0 comment... add one now