Kaki Tweet Kini Boleh Mohon Untuk Verified Akaun Twitter Anda

twitter-phone
Twitter telah membuka proses permohonan kepada mereka yang inginkan akaun Twitter mereka disahkan (verified account).
Sebelum ini akaun Twitter yang di sahkan hanya untuk selebriti, jenama, ahli politik dan atlet tetapi kini tidak lagi.
Bagaimanapun tidak ada jaminan yang anda akan memperolehi blue tick tersebut, tapi tak salah pun kalau anda cuba kan. Pastikan butiran-butiran seperti berikut lengkap:
  1. Nombor telefon
  2. Alamat emel
  3. Bio pendek
  4. Gambar profil
  5. Gambar header
  6. Tarikh lahir  (untuk akaun individu sahaja)
  7. Alamat laman web
  8. Paling penting, pastikan akaun anda tak private
Kepada #tweetfamous di luar sana, cepat-cepat mohon pengesahan dengan kadar segera.
Lebih lanjut tentang proses ini, baca Twitter Help Center
Sumber: metro.co.uk

0 comment... add one now