Kajian Tidur Kurang 6 Jam Boleh Membawa Maut!

Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat.
Kajian membuktikan seorang daripada setiap lima orang berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.

Tidur kurang 6 jam boleh diserang sakit jantung & angin ahmar

one
Kajian dari Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang 6 jam berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.
Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan.

Tidur lebih dari 9 jam pula akan menyebabkan penyakit kardiovaskular

giphy
Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi.
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas. Manakala, tidur lebih dari 9 jam pula akan menyebabkan penyakit kardiovaskular.
Kredit - hanasuva 

0 comment... add one now