Jom Hidang Tetamu Dengan Kuih Nestum Ice Sempena Raya. Senang Je Nak Buat Rupanya!

Dah muak dengan almond london? Jiran sebelah kiri dan kanan hidang tart nenas? Nak kelainan kuih raya dengan orang lain tapi taktahu nak buat macam mana?
 
 
Apa kata korang try buat biskut Nestum Ice ni. Tak perlu peti ais pun. Hanya memerlukan sedikit kepakaran di dapur dan juadah hari raya korang lepas ni pasti akan lebih menarik!
 

Biskut Ice Nestum



Bahan-bahan
Biskut dasar;
250 gm mentega
90 gm gula castor
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanila
100 gm nestum-kisar halus
300 gm tepung gandum
1 tbs tepung jagung

*tbs - tablespoon
*tsp – teaspoon


Topping;
100 gm putih telor
300 gm gula aising-ayak
1 tbs tepung jagung


 

Cara-caranya
  • Satukan tepung gandum, tepung jagung dan nestum yang telah dikisar halus. Ketepikan.
  • Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga sebati.
  • Masukkan vanila dan pukul lagi. Masukkan kuning telur dan pukul.
  • Masukkan tepung yg dicampur tadi kedalam adunan. Uli sebati.
  • Canai dan terap dengan menggunakan acuan bulat sebesar saiz syiling 20 sen sehingga adunan habis.
  • Sementara itu dalam mangkuk berasingakan pukul telur sehingga berbusa dan berbuih.
  • Masukkan gula icing dan pukul lagi sehingga kembang.
  • Masukkan tepung jagung dan pukul sehingga kental (adunan tidak akan jatuh jika mangkuk mixer diterbalikkan). Bagi yg topping bewarna boleh masukkan pewarna dan kaupbalik.
  • Sediakan plastik dan nozel bulat untuk dipaip topping biskut. Paipkan adunan meringe tadi ke atas adunan biskut sehingga habis.
  • Bakar pada suhu 170 darjah selama 30-40 minit bergantung pada oven masing-masing. Pastiķan meringue/topping ranggup.











Senang je kan? Senang jela sebab baca. Cuba buat dulu tengok. Haha

0 comment... add one now