Jam Pintar Kecergasan Fitbit Blaze Yang ‘Ohsem’


FITBIT merupakan salah satu jenama yang terkenal dengan penawaran peranti pintar memfokuskan kecergasan.
Terkini, mereka menawarkan sebuah jam pintar baru dibawah keluarga peranti mereka, dinamakan sebagai Fitbit Blaze.
Rekaan Blaze kelihatan tidak begitu hip jika dibanding dengan antara Apple Watch dan Fitbit Surge.
Tetapi Blaze kelihatan lebih kepada jam pintar berbanding peranti pengesan kecergasan yang biasa dihasilkan Fitbit.
Ia mempunyai tali 1.2 inci dengan skrin 240 x 180 piksel dan jamnya boleh ditanggalkan daripada tali bersama rekaan kerangka logam dan bertekstur getah.
fitbit-blaze-12
Seperti Apple Watch dan Pebble Time Steel, saiz 1.2 inci Blaze cukup untuk dipasang di pergelangan tangan pengguna dan skrinnya pun boleh dilihat dari jauh tanpa perlu mengangkat tangan.
Resolusi 240 x 180 piksel juga memastikan ikon dan teks secara umumnya cukup terperinci untuk membaca dengan selesa.
Blaze tidak kalis air,  namun ia boleh digunakan ketika berjalan dalam hujan, terkena percikan air tidak sengaja dan peluh tanpa isu tetapi menurut Fitbit, anda tidak disyorkan memakai Blaze di bilik mandi atau semasa berenang.
DSCF3235-ed
Bagi mereka yang gemar berjoging atau yang baru saja bermula dengan aktiviti kecergasan, Blaze pastinya gajet paling mudah untuk digunakan.
Ia juga menawarkan pecahan fungsi latihan tertentu seperti purata kadar jantung anda, jarak perjalanan dan kelajuan setiap kilometer. -MYNEWSHUB.CC
Sumber: Engadget

0 comment... add one now