Isu Yuna Peluk Usher: ‘Saya Di Sini Bukan Nak Puaskan Hati Orang’


BARU-BARU ini, penyanyi Yuna atas nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, 29, dihentam teruk oleh peminat yang tidak berpuas hati dengan tindakannya memeluk rakan duetnya, penyanyi antarabangsa, User ketika mengadakan persembangan di Amerika Syarikat.
Susulan hentaman dan tohmahan yang diberikan kepadanya, Yuna akhirnya tampil membidas segala kritikan yang dilemparkan kepadanya dengan mengatakan kehadirannya di dalam bidang seni bukan untuk memuaskan hati semua pihak.
“Khas untuk semua yang berjaya buat saya trending. Saya dah cakap sebelum ni, saya berada di sini bukan untuk puaskan hati mana-mana pihak. Terutamanya buat lelaki yang tidak percaya dengan kebolehan wanita.
“Puas kutuk saya, nanti apabila nampak saya di pusat beli belah, anda juga yang akan datang untuk bergambar dengan saya.
“Jangan ingat saya tak tahu apa anda buat untuk hidup. Kita bukannya bodoh. Jika ada satu peratus yang membenci saya, masih ada 99% peminat saya yang akan terus menyokong saya. Saya tak pernah lupakan anda,” katanya kepada kepada BH Online.
Sebelum ini, sebuah video menunjukkan Yuna dan Usher sedang menyanyikan lagu hits, Crush menjadi trending apabila pada penghujung persembahan itu, mereka telah berpelukan dan ia menimbulkan rasa marah beberapa pihak yang mendakwa ia tidak bersesuai dengan nama islam yang dibawa oleh Yuna.

0 comment... add one now