Ipoh Dinobatkan Sebagai Salah Satu Destinasi Terbaik Di Asia Oleh Lonely Planet!

Ipoh Lonely Plate 1

Siapa sangka, Ipoh dinobatkan sebagai salah satu destinasi terbaik untuk pengunjung daripada 10 bandar di Asia dalam carta kelauran Lonely Planet!
Lonely Planet merupakan salah satu syarikat media pelancongan yang menghantar penulisnya untuk meneroka dunia untuk mencari destinasi terbaik untuk seluruh warga dunia.
Ipoh Lonely Plate 2
Ibu negeri Perak itu mendapat tempat ke-6 dan merupakan satu-satunya bandar di Malaysia yang mendapat tempat dalam buku itu buat kali pertamanya dalam carta 10 destinasi terbaik di Asia.
Lonely Planet juga mengatakan bahawa Ipoh adalah satu tempat tumpuan makanan yang kurang popular di Malaysia tetapi kini lebih menyerlah setelah tumbuhnya kafe moden dan hipster di tempat-tempat bersejarah negeri itu.
Pengunjung Ipoh dapat merasakan keunikan negeri tersebut dengan melawat kafe moden di kawasan yang penuh dengan kedai kopi tradisional. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati seni jalanan kontemporari dan juga karya agung penjajahan di bandar tersebut.
Carta penuh Lonely Planet’s Best in Asia 2016 adalah seperti berikut:
  1. Hokkaido, Japan
  2. Shanghai, China
  3. Jeonju, South Korea
  4. Con Dao Islands, Vietnam
  5. Hong Kong
  6. Ipoh, Malaysia
  7. Pemuteran, Indonesia
  8. Trang Islands, Thailand
  9. Meghalaya, India
  10. Taitung, Taiwan

0 comment... add one now