Inilah KOMEN Ibu Adlin Aman Ramli Tentang Kegiatan Penipuan Hartanah Yang Dijalankan Oleh Anaknya!



Pelakon veteran, Ruminah Sidek, 70, tidak tahu menahu mengenai kegiatan atau tangkapan yang dibuat oleh pihak berkuasa terhadap anaknya, Adlin Aman Ramli yang dikatakan terlibat dalam kes penipuan hartanah sehingga menyebabkan kerugian dianggarkan bernilai RM485,000.

“Maaf, saya tidak tahu tentang tangkapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Saya dikhabarkan mengenai perkara ini apabila mendapat panggilan daripada pihak media,” katanya.

Adlin dilaporkan ditahan kerana dipercayai memperdayakan seorang warga Korea dengan menawarkan projek pembinaan lebuh raya yang tidak wujud.

Pelakon dan pelawak terkenal merupakan antara 14 individu yang ditahan berhubung kes penipuan pelaburan membabitkan kerugian dipercayai sebanyak RM35 juta dalam beberapa siri tangkapan kelmarin.

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Julai 24, 2016
ooo dia ke yg TV3 tulis tuu.. ooo