Ini Rupanya Kerjaya Bakal Isteri Saharul Nikah Deena Emir 16 September Ini


SEBELUM ini, Saharul Ridzwan pernah mendedahkan dirinya akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini, namun aktor kacak tidak mahu mendedahkan identiti bakal isterinya itu.

Sementara itu, menerusi mStar Online, seorang sumber mengesahkan bakal isteri Saharul ialah seorang pemilik butik Wrap bernama Qaabila Deena Emir Mohamed Akid Emir.

155631rfxkzmhgnfg71g0c
“Apa yang dapat saya sahkan, Saharul akan berkahwin pada pertengahan September depan dengan wanita bernama Qaabila yang pernah digosipkan dengan dia sebelum ini,” kata sumber berkenaan.
Difahamkan, aktor Hati Perempuan ini pernah memuat naik gambar bersama wanita itu, namun kemudian memadamkannya atas sebab-sebab tertentu.
Pasangan ini dilaporkan akan diijab kabul di  di Dewan Seri Siantan, Presint 3, Putrajaya pada 16 September depan.
Bakal isteri Saharul merupakan anak sulung daripada lima beradik yang kesemuanya perempuan dan tinggal di Gombak, Selangor.
Sementara itu, Shahrul masih belum lagi memberi respons terhadap berita itu

1 comment... add one now