Ini 5 Perkara Akan Menghantui Anda Apabila Tidur Dengan Solekan


Penat atau malas, itu dua alasan yang mungkin selalu digunakan oleh mana-mana perempuan yang selalu tertidur dengan mekap masih di muka. 
Ramai di antara kita sering terlepas pandang akan perkara ini. Namun, apa yang anda tidak tahu, meskipun perkara ini kedengaran remeh, namun ia sebenarnya memberi impak negatif yang besar terhadapt kesihatan serta kecantikan wajah anda.
Apa sebenarnya yang terjadi jika kita tidur dengan wajah masih bersolek? Percayalah tiada satu pun manfaat selain anda rasa anda tidur dengan cantik bagaikan Sleeping Beauty. Di sini saya ambil dari laman web wanista tuk kongsi bariskan apa sebenarnya yang terjadi bila anda tidur dengan muka masih bermekap.
#1 KULIT KERING & CEPAT BERKEDUT
Tidur dengan mekap boleh menjadi punca kulit kering. Ia juga menyebabkan kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi andai kulit tidak dicuci bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.
#2 BAKTERIA TERPERANGKAP
Bila bedak asas atau bedak kompak meliputi muka dari siang ke malam, banyak kotoran dan bakteria sudah terperangkap. Bakteria-bakteria yang terperangkap di dalam pori wajah akan menyebabkan masalah lain seperti jerawat dan lama-kelamaan menyebabkan kulit menjadi kusam.
#3 IRITASI MATA
Partikel-partikel maskara boleh membuatkan folikel tersumbat dan akhirnya menyebabkan iritasi pada mata sekaligus menyebabkan radang mata. Anda akan lihat mata akan menjadi merah-merah dan garis halus sekitar mata juga lama-lama akan muncul.
#4 BULU MATA GUGUR
Memakai maskara terlalu lama juga boleh menyebabkan bulu mata menjadi lemah dan mudah gugur. Bayangkan apa lagi yang boleh berlaku jika anda tidur dengan bulu mata palsu masih terlekat di mata? Hmmm…!
#5 BIBIR KERING & PECAH-PECAH
Tidur dengan gincu masih bersalut pada bibir menyebabkan bibir kering dan pecah-pecah, tidak kiralah apa jenis gincu sekali pun, frosted, glos mahupun pusam. Ramai dermatologi menyarankan sapuan pelembap atau salap bibir sebelum tidur kerana suhu rendah pendingin hawa boleh menyebabkan bibir kering.
Selamat beramal! Rajin-rajinlah mencuci wajah selepas seharian menggenakan solekan tebal pada wajah jika anda tidak mahu cepat tua. Yup! Kim Kardashian sekalipun tidak akan tidur dengan solekannya tahu? 

0 comment... add one now