Info & Tip Pemanduan Berguna Ketika Balik Kampung


Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memandu dengan berhati-hati dan selamat. Untuk tujuan di atas, berikut adalah lapan tip agar perjalanan anda selamat sampai ke destinasi.
Ada beberapa tips berguna untuk pemanduan berhemah memandu pulang semasa hari raya atau balik kampung :
Tips 1: Jauhi laluan memotong
Jikalau anda memandu di bahu kiri jalan atau di tengah-tengah laluan, peluang untuk anda tidak terjerebak dengan kemalangan adalah sangat baik. Kajian menunjukkan bahawa kemalangan banyak berlaku di atas laluan memotong. Anda juga memperolehi peluang yang tinggi untuk terus menghimpit ke tepi bagi mengelakkan masalah yang besar jikalau berlaku sesuatu di tengah dan kanan jalan.
Tips 2: Liarkan mata anda di hadapan ketika memandu
Liar memberi maksud menjegil. Menjegil memberi maksud yang lebih mendalam dan sesuai dikategorikan sebagai peninjauan serius. Anda bukan sahaja perlu melihat nombor plate kereta dihadapan malah anda perlu lihat trafik yang terbentuk dihadapan kereta tersebut juga. Ini dapat membantu anda melihat masalah di hadapan dengan lebih baik dan memberi peluang yang lebih untuk bertindak terhadapnya.
Tips 3: Berhati-hati dengan Blind Spots
Anda perlu perbetulkan cermin sisi dan rearview mirror anda untuk dapatkan pandangan yang betul-betul selesa untuk anda teliti. Anda juga dinasihatkan untuk sesekali untuk memandang ke sisi jalan untuk menampung kekurangan yang ditunjukkan oleh cermin sisi anda. Pemandu yang bijak akan sentiasa mengambil kira pemandu yang lain terutamanya pemandu trak yang besar.
[blind spot: Terdapat kawasan yg tidak dapat dikesan oleh mata kita
Tips 4: Memandulah dengan posisi stering pukul 9 dan 3.
Mungkin tidak ‘macho’ dipandang begitu, tetapi teknik asas yang diajar oleh sekolah memandu anda ini mempunyai nilai yang cukup besar dari segi keselamatan memandu. Rahsia disebalik teknik ini ialah anda mampu mengawal kenderaan anda sepenuhnya jikalau berlaku kemalangan secara tiba-tiba.
Tips 5: Awasi pemandu lain berdasarkan rupa dan keadaan kenderaannya.
Jikalau kereta dihadapan anda usang malah kelihatan tidak diservis dengan baik (asap hitam), secara tidak langsung ia menggambarkan ciri-ciri pemandu yang tidak teliti akan aspek keselamatan pemanduannya. Jauhi jugak pemandu yang suka memegang telefon bimbit ketika memandu.
Tips 6: Tahu had laju anda.
Hukum fizik yang dipelajari semasa di peringkat sekolah sangat berguna untuk dijadikan benteng pemanduan yang lebih selamat. Pastikan anda tahu keadaan kenderaan anda memecut dalam setiap keadaan (bagaimana keadaannya jikalau dipandu diselekoh yang tajam dari segi respons stering) dan tidak kurang juga memastikan masa tindak balas brek kereta anda untuk sekian had laju yang dipandu.
Tips 7: Servis kereta anda.
Tayar, enjin dan mana-mana komponen yang sensitif untuk perjalanan yang jauh perlulah di servis sebaik mungkin. Sila dapatkan khidmat nasihat di kedai servis kereta/tayar.
Tips 8: Malam adalah masa rehat.
Hukum yang Tuhan telah tetapkan sangat adil buat pemandu. Malam merupakan masa yang sangat tidak sesuai untuk bermusafir untuk jarak yang jauh. Keletihan dan penumpuan yang lebih oleh mata anda meningkatkan lagi risiko pemanduan yang kurang selamat. Cuba jauhi pemanduan di waktu malam.
Sebagai pemandu yang bijak dan berhemah, kita perlu tahu bahawa memandu bukanlah kegiatan yang tidak menggunakan otak. Memandu merupakan latihan yang baik untuk disiplin diri sebagai manusia yang mematuhi undang-undang dan teknik pemanduan yang baik.
Yang paling penting membaca doa menaiki kenderaan dan bertawakal semoga perjalan selamat dan sampai ke destinasi yang dituju.
Tips peringatan tambahan :
Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunannya kepada penumpang.
Jangan memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan dibenarkan dalam apa jua keadaan.
Sentiasa  kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan hadapan. Jika memandu ketika hujan lebat, kekalkan lebih jarak antara kereta dengan kenderaan di hadapan atau belakang.
Ketika memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalanraya lain untuk memastikan keselamatan anda.
Jangan pandang secara tepat lampu kereta dari arah bertentangan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih ke bahagian kanan dan menjadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.
Sentiasa peka dan berhati-hati sebuah kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelakkan lopak air atau lubang besar di jalan raya atau mengelakkan kon pembahagi jalan atau kereta rosak.
Memandu dalam keadaan cuaca buruk terutamanya ketika hujan lebat sangat sukar. Tayar kereta mungkin hilang kuasa tarikkan pada permukaan jalan basah. Pandulah kereta dengan perlahan jika jalan dipenuhi air.
Ketika memandu di lebuh raya, sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.
Jangan  biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia menyebabkan keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran ketika menggunakan jalan raya.
Elakkan memandu jika letih. Jika penat, berhenti dan keluar dari kereta seketika dan lakukan senaman ringan menyegarkan badan atau berhenti menikmati secawan kopi yang pastinya membuatkan diri lebih segar dan peka.
Anda dinasihatkan memandu kenderaan diselenggara dengan baik. Periksa sistem penyejukan, brek, tahap cecair brek, tali sawat, tayar,minyak enjin, lampu dan pengilap cermin sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.
Pehatikan kereta di hadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah bagi mengelakkannya, supaya anda boleh menekan brek dengan pantas.
Jika anda ingin mengubah lorong, sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin supaya mendapat kelegaan dan keyakinan berbuat demikian.
Periksa keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin mencukupi dan corak bunga tayar masih ada untuk mendapat pemanduan serta cengkaman baik. Ia menjamin keselamatan anda ketika di jalan raya terutama sekali sewaktu memandu dalam cuaca buruk..
Tempat  paling selamat untuk kanak-kanak ialah bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan. 

0 comment... add one now