HP Lancarkan ‘Spectre’ Komputer Riba Paling Nipis Di Dunia

hp
Jenama komputer terkenal Hewlett Packard (HP) sebentar tadi melancarkan beberapa produk terbaru dari syarikat itu tetapi komputer riba ‘Spectre’ yang paling menjadi tumpuan. Nama seperti filem James Bond dan seperti Bond, laptop ini sungguh sleek dan sexy.
hp 2
Spectre HP ini menetapkan satu standard baru sebagai komputer riba ternipis di dunia (hanya setebal 10.4mm) dengan ciri-ciri berkuasa tinggi seperti paparan tepi HD yang memaparkan prosessor Corning Gorilla, Intel Core, sistem audio Bang & Olufsen dan jangka hayat bateri yang panjang walaupun bentuknya nipis dan seksi. Lihat video di bawah untuk tahu betapa nipisnya komputer riba ini.
Model Spectre ini nipis kerana ianya tidak mempunyai port USB yang standard. Spectre mempunyai 2 port USB Type C 3.1 gen 2 untuk proses mengecas dan data transfer. Jadi jika anda ingin menggunakan USB yang standard, ada perlu menggunakan adaptor yang disediakan.
hp 3
HP turut melancarkan satu lagi komputer riba iaitu ‘ENVY’. ENVY merupakan peranti serba boleh yang menawarkan reka bentuk logam yang anggun dengan kuasa dan prestasi yang menakjubkan. Fungsi quick charge turut hadir bersama komputer riba ini. 3 model terbaru mesin cetak HP iaitu HP OfficeJetPro 8730, HP PageWidePro 557dw dan HP PageWide Enterprise Color Multifunction turut dipamerkan kepada umum dalam sidang media tadi.
Frankie Chan (kiri) dan Wong Yuan Lai (kanan) bersama produk HP
FRANKIE CHAN (KIRI) DAN WONG YUEN LAI (KANAN) BERSAMA PRODUK HP
Komputer riba ‘Spectre’ sangat menarik perhatian saya kerana bentuknya yang nipis, ringan dan finishing komputer riba ini yang berkualiti, premium danawesome. Sesuai untuk anda yang bekerja secara on the go atau selalu berjumpaclient di luar. Rekaan logo HP pada Spectre ini juga unik dan nampak class.
Spectre 13.3″ akan dijual bermula Julai ini pada harga RM5,999 bagi perisian prosessor Intel Core i5 dan RM6,900 untuk perisian prosessor Intel Core i7. Jika anda memang sedang mencari komputer riba yang cun dan power, ini jawapannya. Untuk mengetahui berkenaan produk HP yang lain, boleh ke laman HP Malaysia di sini.

0 comment... add one now