Hilang 18 Kg Lepas Diet Air Kosong Dan Pisang Sahaja?



Percaya atau tidak seorang lelaki dari Jepun berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18kg selepas mengamalkan diet dengan minum air kosong dan pisang sahaja?
 
Hitoshi Watanabe yang berumur 31 tahun mengamalkan diet tersebut selama beberapa bulan sahaja dan berkongsi pengalamannya di laman sosial. Sejak dari itu, kisahnya mula viral di Jepun dan permintaan Pisang semakin tinggi gara-gara kisah tersebut.
 
Diet ini sangat popular di Jepun dan korang pun boleh cuba. Ambil 2 buah pisang dan minum air suam ketika sarapan. Untuk tengah hari, jangan makan sampai kenyang okay. Korang harus seimbangkan dengan makanan berkhasiat dan berserat.
 
Makan malam pula, kalau boleh, sila makan sebelum pukul 7 malam. Kalau lapar tengah-tengah malam, boleh ambil buah-buahan ataupun yogurt.
 
Haa mudah je kan, nak diet jangan sampai berlapar. Kena ikut cara yang betul dan apa yang penting banyakkan minum air mineral ya! Ia membantu mempercepatkan metabolism tubuh badan anda. 
Sumber OMM

0 comment... add one now