Hentikan Amalan Bersalin Dalam Air. Wanita Harus Tahu 5 Perkara Ini

Ramai wanita beranggapan amalan bersalin dalam air dapat mengurangkan kesakitan semasa melahirkan anak. Malah, kaedah water birth ini sudah dilakukan di sesetengah hospital swasta di Malaysia dan masih lagi baharu dikendalikan. Namun, setelah di kaji bahawa tiada unsur-unsur atau bukti saitifik yang mengatakan kaedah tersebut selamat, Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan terhadap semua hospital agar menghentikan perkhidmatan water birth ini.
 
Bagi sesiapa yang masih belum tahu bagaimana kaedah ini dijalankan, proses bersalin dalam air dilakukan dalam satu kolam plastik kecil dan berisi air suam yang telah disesuaikan dengan suhu badan ibu bersalin. Selain itu, proses ini juga diselesaikan dengan singkat dan mudah bagi ibu untuk bersalin.
 

Walau bagaimanapun, 5 perkara bahaya yang anda harus tahu kaedah bersalin dalam air ini:
 
1)Lemas
Bayi berisiko lemas kerana kekurangan oksigen dalam badan
 
2)Radang paru-paru
 
Faktor air sejuk dan juga bakteria dalam kolam. Disebabkan itu, kaedah ini memerlukan doktor yang sangat pakar kerana bayi harus diangkat dengan segera selepas keluar dari kandungan ibu.
 
3) Tali pusat rosak
 
Bayi perlu diangkat dengan cepat. Jika tersalah langkah, tali pusat mungkin rosak. Selain itu, bayi dan si ibu akan mengalami pendarahan teruk dan boleh menyebabkan anemia( kekurangan darah)
 
4) Bayi terdedah dengan jangkitan
 
tiada jaminan air dalam kolam tidak terdedah dengan bakteria. Bayi yang tertelan air juga boleh terkena jangkitan kuman. Badan si ibu juga terdedah dengan pelbagai kuman setelah duduk di dalam air.
 
5) Sindrom Aspirasi Mekonium
 
Bayi mungkin tertelan najis sendiri sebelum dilahirkan sangat berisiko tinggi. Mekonium ( najis pertama bayi) yang disedut oleh bayi boleh menyebabkan saluran udara tersumbat hingga menghalan pernafasan. Justeru, paru-paru bayi tidak akan mengembang

0 comment... add one now