Giliran Amirul Hadi, Kunanlan Pula Umum Bersara, Ini Sebabnya!

Amirul Hadi, Kunanlan


Dua lagi pemain bola sepak negara daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Amirul Hadi Zainal dan S. Kunanlan mengumumkan bersara daripada skuad kebangsaan.

Amirulhadi berkata, beliau membuat keputusan itu bagi membolehkannya memberi peluang kepada pemain muda untuk meneruskan misi skuad kebangsaan.
“Terima kasih atas sokongan juga peluang yang diberikan sepanjang penglibatan saya ketika menyertai skuad kebangsaan terutama jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.
“Cukup sampai di sini sahaja yang mampu saya berikan kepada skuad kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi laman Facebook rasmi pasukan JDT hari ini.
Amirulhadi
Kunanlan pula berkata, beliau memutuskan untuk bersara mewakili skuad negara dan penampilannyadalam perlawanan persahabatan menentang Fiji adalah yang terakhir dirinya bagi aksi perlawanan antarabangsa.
Menurutnya, beliau berasa bangga dapat menyarung jersi kebangsaan sejak pernah mewakili pasukan Bawah 23 tahun dan sehingga kini.
kunanlan
“Terima kasih diucapkan atas segala sokongan yang telah diberikan kepada saya selama ini dan juga tunjuk ajar yang diberikan. Saya amat menghargainya,” katanya.
Pemain JDT, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Abdul Radzak sebelum ini membuat pengumuman secara mengejut untuk bersara daripada skuad kebangsaan.
Kim Swee selaku pengendali skuad kebangsaan dalam reaksinya terhadap berita persaraan itu mengakui terkejut apabila mendengar mengenai perkembangan berkenaan.
Beberapa media sebelum ini melaporkan perkembangan itu menguatkan andaian ia mungkin ada kaitannya dengan teguran yang dibuat oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini.
Tunku Ismail pada 12 Julai lalu menyelar tugasan skuad negara yang mengakibatkan lima pemainnya cedera dan penganalisis sukan melihat ia sebagai punca mereka bersara.

0 comment... add one now