Gaya rambut pendek buat wanita lebih menarik di hari raya

Kala tibanya lebaran yang dinanti, majoriti pasti akan tampil dengan gaya dan stail raya masing-masing. Boleh kata semuanya akan serba baru dan segar meraikan Aidilfitri yang datang hanya setahun sekali ini.
Bermula dari menyiapkan biskut raya, dekorasi rumah yang baru sehinggalah baju yang akan dipakai. Tapi rasanya jika hanya mempersiapkan baju untuk membuat penampilan menarik, masih belum mencukupi, ada lagi sesuatu untuk buat penampilan kelihatan berbeza dari hari biasa.
Gaya rambut baru boleh membuatkan penampilan lebih segar. Cuba sesuaikan model rambut dengan bentuk wajah, agar tak salah memilih, sebelum melakukan styling, runding terlebih dahulu dengan pakar agar tidak menyesal kemudian hari apatah lagi langsung tidak keluar rumah di pagi raya.
Agar tampil berbeza, tiru gaya rambut pendek yang boleh dikatakan menjadi pilihan ramai selebriti sepanjang tahun 2016 ini. Untuk gaya rambut klasik, anda boleh meniru gaya rambut pendek straight seperti Rihanna, Jennifer Lawrence ataupun Song Hye Kyo dalam drama Descendants of The Sun. Jika inginkan gaya rambut pendek dengan potongan layer, jadikan Jenna Dewan-Tatum, Rosie Huntington-Whiteley malah 2NE1 CL sebagai contoh.
Jenna Dewan-Tatum. Foto - www.pinterest.com
Jenna Dewan-Tatum. Foto – www.pinterest.com
2NE1 CL. Foto - ygpress.blogspot.com
2NE1 CL. Foto – ygpress.blogspot.com
Rosie Huntington-Whiteley. Foto - Arkib Wanista
Rosie Huntington-Whiteley. Foto – Arkib Wanista
Rihanna. Foto - thefashiontag.com
Rihanna. Foto – thefashiontag.com
Miranda Kerr. Foto - Arkib Wanista
Miranda Kerr. Foto – Arkib Wanista
Jennifer Lawrence. Foto - www.instyle.com
Jennifer Lawrence. Foto – www.instyle.com

0 comment... add one now