Gara-Gara Elak Kereta, Mat Motor ‘Terbang’ 180 Darjah Viral Di Singapura


SATU video melibatkan sebuah motosikal berkuasa besar di Singapura cuba mengelak dari merempuh sebuah kereta menjadi viral baru-baru ini.

Video dari kamera dashboardkereta itu menunjukkan penunggang motosikal itu cuba mengelak kereta yang tiba-tiba ke tengah jalan bagi mengelak sebuah treler yang sedang menghimpitnya.
Disebabkan menekan brek secara mengejut, penunggang dan pembonceng malang tersebut ‘terbang’ 180 darjah dan terserbam ke jalan raya.
Nasib baik kenderaan lain cepat sedar dan tidak merempuh kedua-duanya yang terbaring cedera disebabkan impak kemalangan berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now