Gambar Seisi Keluarga Solat Di Tepi Lebuh Raya Jadi Perdebatan

solat

SEKEPING gambar yang memaparkan seisi keluarga mengambil keputusan untuk menunaikan solat di pingiran lebuh raya ketika ingin pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Tidak diketahui lokasi dan tarikh sebenar kejadian, namun melalui perkongsian maklumat netizen ia dipercayai berlaku pada waktu Subuh, kira-kira jam 6.30 pagi.
Ada yang mengatakan tindakan keluarga ini yang mengutamakan solat wajar dipuji dan dijadikan teladan namun terdapat sesetengah pihak berpendapat bahawa tempat untuk mereka solat itu tidak sesuai kerana ia boleh membahayakan keselamatan.
Ini kerana mungkin secara tiba-tiba ada kenderaan yang ingin menggunalan laluan kecemasan seperti ambulans dan sebagainya.
Namun cuba anda bayangkan bagaimana pula sekiranya situasi keluarga ini yang berada di pertengahan perjalanan dan lokasi R&R masih jauh sehingga memaksa mereka berhenti berjam lamanya sedangkan waktu solat akan tamat sedikit masa lagi?
Sememangnya agama Islam adalah agama yang mudah, sesetengah hukum Syariat membolehkan kita mengambil jalan mudah tetapi dengan aturan dan syarat-syarat hukum yang tertentu.
Mungkin lagi ada yang bersuara; “Kan kita boleh Jamak Qasar untuk solat, buat apa nak susah solat tepi jalan, tunggulah sehingga sampai rumah nanti,” ya, memang benar agama dan mazhab membenarkan kita menjamakkan solat tetapi bagaimana dengan waktu solat fardu yang tidak boleh dijamakkan seperti Subuh?
Apa pun, semua perkara bergantung kepada iman yang dimiliki dan ketatan dalam melaksanakan perintah Allah. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri dan bagaimana untuk mentaati perintah Nya di dalam situasi tertentu.
Bagi kami, adalah sebaiknya buat keluarga berkenaan merancang dahulu waktu perjalanan sebaik-baiknya di musim perayaan bagi mengelak berlakunya keadaan seperti ini yang jelas membahayakan keselamatan mereka dan pengguna jalan raya yang lain.


Akhir kata, tepuk dada tanya iman. -MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now