Filem Bajrangi Bhaijaan Ada Unsur Syiah? Lelaki Ini BIDAS Kenyataan Tersebut Bikin Orang Terkedu!

post-feature-image

Ada satu watak dalam Bajrangi Bhaijaan ni, seorang lelaki tua, guru madrasah yang mengajar di masjid dipanggil orang kampung sebagai Maulana, dilakonkan oleh Om Puri, pelakon India yang juga terkenal di luar India.

Maulana ni watak dia mula dengan menegur Bajrangi alias Salman Khan yang duduk di luar masjid ni dan mengajak dia masuk, walaupun mengetahui Bajrangi ni bukan beragama Islam. Salah satu dialog yang aku rasa penting bila Salman Khan kata dia tak boleh masuk masjid sebab dia agama lain, Maulana ni jawab;
“Apa salahnya, tempat ini terbuka untuk semua orang,” sebelum menyambung;
“Sebab itu di masjid, kami tak pernah kunci pintu,”

Kenapa watak Maulana ni penting? Pertama sebab Maulana ni tak ‘judge’ Salman Khan ni berdasarkan agama dia. Kenapa dia tak ‘judge’ Salman Khan ni? Sebab inilah sifat orang yang berilmu, sesuai dengan status Maulana yang dipikulnya.

Kedua, di hujung wataknya selepas membantu Bajrangi mengelakkan polis, dia mengucapkan Allahafez, yang kemudiannya dijawab Salman Khan, Jai Shree Ram.

Filem Bajrangi Bhaijaan Ada Unsur Syiah? Lelaki Ini BIDAS Kenyataan Tersebut Bikin Orang Terkedu!

Sekali lagi tanpa ragu, Maulana yang berilmu ini mengetahui Bajrangi sedang berbuat sesuatu yang baik, menyambut ucapan Salman Khan dengan mengucapkan; Jai Shree Ram.

Pengajarannya, orang berilmu tak menghakimi orang lain tau. Kau Hindu ke, Buddha ke, tak siapa tahu status kau di mata Tuhan. Satu-satunya penghakiman yang boleh kita buat ialah dengan kekal berbuat baik walau mengetahui orang lain berlainan agama atau mazhab dengan kita.

Tapi kalau kau tonton filem ni kemudian kau komen; “Hati-hati dengan pengaruh Syiah dalam filem ni,”, nampaknya tak ada apa-lah yang kau dapat dari filem yang bagus ni selain memuaskan nafsu serakah kau yang busuk dan membiak hitam di hati kau tu. - ZF Zamir

0 comment... add one now