Fakta unik mengenai Rolls-Royce yang anda perlu tahu

Rolls-Royce, jenama kereta paling berprestij di dunia penuh dengan fakta-fakta unik. Sebagai peminat automotif, di bawah ialah fakta-fakta yang anda perlu tahu mengenai syarikat tradisional British itu.
  • Syarikat Rolls-Royce Limited dimulakan oleh Charles Stewart Rolls dan Sir Frederick Henry Royce pada 15 Mac, 1906. Tetapi kedua mereka sudah mula menjalin hubungan sebagai rakan kongsi perniagaan sejak tahun 1904 lagi
  • 60 peratus kereta Rolls Royce yang dihasilkan masih digunakan di atas jalanraya sehingga kini. Kereta Rolls-Royce paling tua yang masih beroperasi ialah model 1904 dengan 10 hp, dimiliki oleh Thomas Love Jr dari Perth, Scotland.
  • Rolls-Royce turut membina enjin-enjin kapal terbang sehingga hari ini tetapi unit pembikinan kenderaan Rolls-Royce dipisahkan dari syarikat induk dalam tahun 1973 dan dikenali sebagai Rolls-Royce Motors.
  • Pada tahun 1980, Rolls-Royce Motors dijual kepada syarikat Vickers. Lapan tahun kemudian, Vickers mahu menjual Rolls-Royce Motors. BMW menawarkan harga setinggi £340 juta tetapi Volkswagen Group akhirnya menawarkan harga sebanyak £430 juta.
  • Hasil pembelian itu, Volkswagen Group memiliki kilang Rolls-Royce di Crewe, dan juga hak cipta untuk maskot Rolls-Royce, Spirit of Ecstasy dan bentuk gril hadapan Rolls-Royce. Walaubagaimanapun, nama Rolls-Royce dan logonya masih dimiliki oleh Rolls-Royce Plc, pembuat enjin kapal terbang.
  • Rolls-Royce Plc memberikan hak logo dan nama kepada BMW kerana BMW sudahpun membekalkan enjin kepada Rolls-Royce. Ini sangat merumitkan kerana Volkswagen memiliki maskot dan gril sedangkan BMW memiliki nama Rolls-Royce.
  • Akhirnya, persetujuan dicapai oleh BMW dan Volkswagen. Pada 1 Januari 2003, BMW dibenarkan menggunakan nama Rolls-Royce sementara Volkswagen pula akan membina Bentley, yang dimiliki oleh Rolls-Royce sebelum ini.
  • Rolls-Royce terakhir yang keluar dari kilang asalnya di Crewe ialah model Corniche pada tahun 2002. Kilang Rolls-Royce di Crewe bertukar nama menjadi Bentley Motors Limited sementara kilang baharu Rolls-Royce yang dibina oleh BMW berada di Goodwood.
  • Rolls-Royce sekarang menggunakan banyak teknologi dan komponen BMW, tetapi dibina semula dan ditala mengikut spesifikasi dan piawaian Rolls-Royce. Malah, enjin Rolls-Royce masih lagi dipasang secara manual oleh jurutera.
  • Model Phantom akan mengambil masa selama dua bulan untuk dibina kerana ia mempunyai hampir 200 seksyen menggunakan alunimium dan 300 bahagian menggunakan besi aloi – kesemuanya dikimpal secara manual.
  • Bakal pelanggan Rolls-Royce akan berdepan dengan masalah pemilihan warna kerana Rolls-Royce menawarkan sejumlah 44,0000 warna untuk Rolls-Royce anda.
  • Patung maskot Spirit of Ecstasy mula digunakan dalam tahun 1911. Sekarang ini, Spirit of Ecstasy menggunakan mekanisma modern di mana ia boleh disorok masuk di dalam gril depan sebuah Rolls-Royce. Ini ialah untuk memastikan ia tidak dicuri. Ia juga akan disorokkan secara automatik apabile berlaku perlanggaran. 
  • Rim aloi Rolls-Royce sekarang sangat canggih kerana bahagian tengah dengan logo Rolls-Royce itu akan sentiasa berada dalam keadaan menegak. Ini tercapai kerana bahagian tengah logo itu boleh berpusing secara bebas (free wheeling) dan ia mempunyai bearing dan pemberat untuk memastikan logo Rolls-Royce sentiasa berdiri benar.
    • Anda boleh meminta Rolls-Royce untuk melakukan pelbagai kombinasi warna dan bahan untuk kabin keretanya. Contohnya, sekiranya anda mempunyai pokok yang anda sayang di kebun anda, anda boleh meminta pihak Rolls-Royce untuk menggunakan kulit kayu itu di dalam proses pembikinan sebuah Rolls-Royce.
    • Bermula dari model Phantom, Rolls-Royce akan mempunyai ruang kompartment untuk sekaki payung Teflon berjenama Rolls-Royce. Ruang tersebut terletak ada bawak A-pillar dan ia mempunyai ruang pengudaraan agar payung basah akan kering dengan segera.
    • Anda juga boleh menggunakan berlian untuk menghiasi bahagian kabin Rolls-Royce. Malah anda juga boleh menempah beg istimewa yang berpadanan dengan Rolls-Royce anda!
    • Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur ialah pengimport rasmi jenama kenderaan Rolls-Royce di Malaysia. Ia mempunyai sebuah dewan pameran di bangunan Quill 9 di 112 Jalan Semangat, Petaling Jaya. Ia juga mempunyai tempat servis lengkap untuk semua model Rolls-Royce.
    • Walaupun Rolls-Royce dikenali sebagai kenderaan khusus untuk keluarga diRaja, semakin ramai usahawan berjaya yang membeli Rolls-Royce kerana model-model baharu Rolls-Royce lebih sesuai untuk dipandu sendiri di hujung minggu untuk bersantai.
    • Anda boleh menyewa sebuah Rolls-Royce dari beberapa syarikat sewaan kenderaan di Malaysia. Antara pilihan popular ialah dari Naza Fleet.
    Di bawah ialah gambar-gambar Rolls-Royce Dawn yang baharu dilancarkan minggu lalu di Rolls-Royce Kuala Lumpur

0 comment... add one now