Fakta Menarik Tentang Bayi Yang Ramai Tidak Tahu


Agak menarik fakta tentang bayi yang mungkin ramai tidak tahu tentang  ini.


Dan terdapat Sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi:
“Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA” (Al-Jami’u Ash-Shagril. Hal 164)
Memang bau bayi tu sangat indah. Kalau tengok saja pun dah sejuk hati kita. Apatah lagi bila terbaca fakta-fakta di bawah: 


1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
5. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat.
9. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.
10. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
11. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
12. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
13. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
14. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan mudah alah dan kemerahan kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

0 comment... add one now