Faham Maksud Setiap Ayat, Kanak-Kanak Ini Nangis Teresak-Esak Ketika Baca Al-Quran


 
Video seorang kanak-kanak dari negara Seberang, yang merupakan peserta Hafiz cilik menangis ketika sedang lancar membaca Al-Quran Surah Al-Jumuah dan terus memperlahankan suara disebabkan terlalu sedih dengan maksud tersirat disebalik surah yang dibaca.
 
Pada mulanya ramai menyangka kanak-kanak ini menangis kerana tidak menghafaz surah tersebut dengan baik, namun disebaliknya dia menangis kerana memahami maksud sebenar ayat tersebut.  Surah Al-Jumuah Ayat Ke-8 yang dibaca bercakap tentang kematian dan maksud penuh ayat tersebut ialah:
 
“Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
 
Video ini viral di Indonesia dan menimbulkan keinsafan pada umat Islam yang menonton.

Sumber - mynewshubchannel 
 

0 comment... add one now