Ezad Muntah Lebih 20 Kali Sehari Tanpa Sebab, Ustaz Dedah Punca Terkena Buatan Orang



Penyanyi, Ezad Lazim dilaporkan menderita penyakit yang tidak diketahui puncanya dan kini terpaksa pulang ke kampung, Alor Setar, Kedah.  Walaupun sudah diperiksa, doktor tetap tidak dapat mengesahkan punca penyakitnya. Menurut isteri kepada penyanyi ini, Ezad mula muntah dengan kerap sejak 22 Jun lalu sehingga terpaksa di tahan di Hospital Ampang.
 
Doktor pun tiada jawapan mengapa Ezad muntah dengan begitu kerap. Sampaikan Ezad dicadangkan untuk membuat rawatan secara tradisional pula.
 
"Saya sedih melihatnya. Setiap hari, lebih 20 kali dia muntah. Nak makan pun susah, malah walaupun diberi sebiji kurma, dia tetap akan muntah semula.
 
"Sekarang Ezad berada di kampung. Sekurang-kurangnya, dia bersama keluarga untuk mendapatkan semula semangat bagi kembali sihat,"
 
Ezad juga pernah dibawa berjumpa ustaz dan apa yang diberitahu kemungkinan Ezad terkena buatan orang.
 
"Ustaz itu kata, ia bermula dengan saya. Saya sakit kanser sebelum ini kerana buatan orang. Kemudian orang yang sama pula cuba mengganggu Ezad.
 
Walau bagaimanapun, mereka suami isteri hanya menganggap perkara ini positif dan Ezad sentiasa kuatkan semangat dan bersungguh-sungguh ingin sembuh.

0 comment... add one now