Doa Malam Lailatul Qadar Diajar Oleh Rasulullah


Nampaknya kita telah di penghujung bulan Ramadan. Di mana 10 malam terakhir bulan Ramadan ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu lailatul qadar. Di sini saya ingin kongsikan doa malam lailatul qadar patut tiap malam kita mohon.

Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar (bertepatan dengan malam Qadar), maka apa yang aku perlu buat?
Baginda menjawab: Bacalah:

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى.

“Allahumma innaka ‘afuwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni wagh’firli”
Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun. Maka ampunilah dan lindungilah diriku.

1 comment... add one now