Demam Pokemon Go: 8 perkara yang anda perlu tahu

Demam Pokemon Go: 8 perkara yang anda perlu tahu\

DEMAM Pokemon Go nampaknya sudah mula melanda seluruh dunia, walaupun baru seminggu aplikasi permainan itu dilancarkan.

Pokemon Go berjaya memikat hati pengguna, selepas ia dilancarkan di Amerika Syarikat pada 5 Julai lalu. 

Ia kini ‘menular’ di seluruh dunia, dan mencetuskan satu fenomena yang baharu. 

Aplikasi permainan Pokemon Go secara dasarnya mengetengahkan konsep permainan menangkap dan berinteraksi dengan Pokemon.

Jika anda masih keliru dengan permainan ini yang menjadi kegilaan orang ramai, berikut adalah 8 fakta yang anda perlu tahu. 


1. Apa itu Pokemon?

Untuk memahami sepenuhnya mengenai Pokémon Go, kita kena mengulas serba sedikit sejarah mengenai konsep Pokemon.

Sekitar tahun 1990, seorang pereka permainan video bernama Satoshi Tajiri mewujudkan konsep Pokémon, yang menggabungkan hobi zaman kanak-kanaknya iaitu mengumpul serangga dengan cintanya terhadap permainan video.

Enam tahun selepas Tajiri tampil dengan konsep ini, dengan bantuan Nintendo dan pereka, Ken Sugimori, permainan video Pokémon yang pertama diterbitkan.

Ia kemudian diinspirasi kepada siri animasi TV, pada tahun 1997 di Japan dan pada tahun 1998 di Amerika Syarikat.

Ini menambahkan lagi deman Pokemon dalam kalangan kanak-kanak serta remaja.


2. Demam Pokemon-Go?

Selepas beberapa tahun, permainan watak animasi itu membuat penampilan sekali lagi, sebagai Pokemon Go.

Pokemon Go merupakan satu pengalaman baharu dalam dunia permainan gajet kerana tampil dengan ciri gabungan alam nyata dan sistem navigasi GPS.

Ia membenarkan pemain memburu makhluk menerusi teknologi GPS dan jam telefon pintar yang mengesan lokasi dan waktu pemain

Aplikasi menggunakan GPS itu dikatakan menyeronokkan dengan cabaran mengumpul koleksi ‘makhluk Pokemon’ seperti yang dilakukan oleh watak utama permainan tersebut, Ash Ketchum.

Dalam bahasa yang mudah, ia membolehkan pengguna untuk mengesan ‘makhluk Pokemon’ di sekeliling mereka (pada skrin telefon) ketika bermain supaya pengguna boleh berlari dan menangkapnya.

Tidak kira di mana anda berada, apabila aplikasi Pokemon Go diakses, anda dapat melihat makhluk seperti Bulbasaur, Pikachu, atau Jigglypuff muncul pada skrin seolah-olah sedang bertenggek di bahu jalan, berehat di dahan pokok, atau tersenyum ke arah anda dari sebuah jendela.


3. Cara bermain

- Muat turun aplikasi Pokemon Go secara percuma menerusi Android atau telefon pintar Apple.

- Pilih avatar

- Tekan ikon 'PokeStop' yang digambarkan pada peta dan tekan butang itu untuk mendedahkan gambar lokasi dunia sebenar yang anda sedang berdiri.

- ‘Spin’ imej untuk mendapatkan bekalan seperti bola untuk menangkap makhluk animasi.

- Berunsur ke peringkat seterusnya dengan melawat PokeStops dan mengutip Pokemon.


4. Cara mengumpul Pokemon

- Ketika berjalan, teliti peta telefon pintar untuk mencari makhluk animasi itu

- Apabila imej Pokemon muncul pada skrin, tekan pada imej tersebut.

- Tukar ke mod kamera.

- Imbas persekitaran melalui kamera telefon pintar untuk melihat Pokemon.

- Pegang jari pada ikon ‘Pokeball’ di bahagian bawah skrin telefon pintar.

- Leret jari untuk melemparkan ‘Pokeball’ pada Pokemon.

- Kutip Pokemon


5. Siapa boleh muat turun?

Pemburu Pokemon Go di seluruh dunia sedang menanti pelancaran aplikasi itu di negara masing-masing.

Setakat ini, ia hanya dilancarkan di Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.



6. Kemeriahan #PokemonGo di media sosial

Seperti biasa, netizen membawa kemeriahan permainan mudah alih itu ke media sosial.
Berikut adalah apa yang dikongsikan oleh netizen berkenaan permainan itu.


7. Pokemon Go meningkat tahap kecergasan pemain

Ini merupakan satu kebaikan yang terselit di sebalik permainan ini.

Pokemon Go secara tidak langsung meningkatkan kecergasan badan pemain kerana aktiviti yang dilakukan oleh pemain ketika bermain aplikasi ini. 

Mereka sanggup jalan beberapa kilometer atau berlari ke sesuatu sasaran demi mendapatkan objek berkaitan watak animasi tersebut. 


8. Isu yang timbul 

Pokemon Go sudah tentu mengelirukan pemain antara dunia nyata dengan paparan skrin mereka. 

Sejak ia dilancarkan, pelbagai insiden dilaporkan, antaranya ialah kemalangan jalan raya. 

Ada pemain yang dilapor terlibat dengan kemalangan jalan raya demi memburu makhluk sasaran.

Ada juga perompak yang mengambil kesempatan menggunakan lokasi pemain yang di tempat sunyi untuk diserang hendap.

Malah ada pemain yang menangkap Pokemon ketika isteri bersalin.

0 comment... add one now