Dakwaan Sudah Bernikah Dengan Nedim, Ini Respon Nora Danish Mengejutkan!

post-feature-image

Pelakon Nora Danish menyangkal dakwaan mengatakan dia telah bernikah dengan teman lelakinya, Nedim Nazri dalam satu majlis tertutup baru-baru ini.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 35, berkata, dia tidak pasti bagaimana dakwaan berkenaan timbul namun tidak menafikan ada merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

“Demi Allah saya masih belum berkahwin seperti didakwa namun perancangan ke arah itu memang ada, Insya-Allah dalam tahun ini juga.
“Bagaimanapun saya tidak mahu mencanang lebih-lebih soal ini kerana  ia masih dalam perancangan," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Nora turut menyangkal pemergiannya ke Bali, Indonesia baru-baru ini kerana ingin meninjau lokasi pernikahan sebaliknya dia berada di pulau itu atas urusan bekerja.

Dakwaan Sudah Bernikah Dengan Nedim, Ini Respon Nora Danish Mengejutkan!

0 comment... add one now