Ciri-Ciri Seorang Yang Berjaya vs Seorang Yang Gagal

Tahukah anda bagaimana seseorang mampu berjaya dalam hidup dan ada yang sebaliknya, iaitu gagal dalam hidup mereka? Apakah rahsia di sebalik setiap kejayaan? Apakah ciri-ciri yang membuat seseorang itu berjaya? Dan apakah ciri-ciri ini bertentangan dengan ciri-ciri seseorang yang gagal. Mari kita hayati   ringkasan kata-kata nasihat tentangseorang yang berjaya vs seorang yang gagal.
seorang yang berjaya vsseorang yang gagal

Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi
Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”
Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”
Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan
Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”
Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”
Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”
Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji
Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha
Seorang yang berjaya berkata “Aku mesti lakukan sesuatu”
Seorang yang gagal berkata “Sesuatu mesti dilakukan”
Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang
Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi
Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya
Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Julai 25, 2016
banyak tunding kat orang ni cam mane. orang yang gagal. hahah. kena ubah sikap :)