Ciri-ciri lelaki berdasarkan tarikh lahir

Kenali Sikap Lelaki Berdasarkan Tarikh Lahir | Ada kajian yang menunjukkan bahawa sikap seorang lelaki boleh dinilai berdasarkan tarikh lahir. Setiap tarikh yang berbeza, ada karakternya yang tersendiri.
Kenali Sikap Lelaki Berdasarkan Tarikh Lahir
Jom semak, adakah karakter anda atau pun pasangan ada persamaan dengan apa yang tersenarai di bawah ini. Harus diingat bahawa kajian ini tidak semestinya tepat, jika ada yang sama mungkin itu sekadar kebetulan.
1hb – Lelaki jenis ini berjiwa seni dan gemar bersantai sambil memenangkan fikiran.  Bersantai di pantai sambil memetik gitar sangat kena dengan jiwa lelaki jenis ini.
2hb – Lelaki yang lahir pada tarikh ini berjiwa romantik. Meski pada peringkat permulaan, dia kelihatan malu-malu kerana takut dikecewakan, namun apabila sudah jatuh cinta, sikapnya berubah menjadi lelaki yang romantik dan penyayang.
3hb – Sikap si dia sukar diramalkan. Maka wanita harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Hobinya yang gemar melancong atau berkhemah akan membuatkan lelaki ini kekurangan masa  untuk bersama teman wanitanya. Namun, tidak salah sekiranya teman wanitanya berkongsi minat yang sama.
4hb – Lelaki yang lahir pada tarikh ini mempunyai sikap kurang yakin dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Jadi, teman wanitanya perlu sentiasa memberi sokongan dan galakan kepadanya. Kata-kata semangat akan menyebabkan lelaki ini bertambah yakin untuk melakukan sesuatu perkara dengan sempurna.
5hb – Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun suka pada seseorang, dia sangat sukar berterus terang. Lelaki yang lahir pada tarikh ini mengharapkan wanita yang memulakan dahulu. Tiada istilah perigi mencari timba kerana mereka ini tidak pandai untuk memulakan sesebuah perhubungan.
6hb – Sikap lelaki ini umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenali anda tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai anda. Lelaki jenis ini suka berkawan dahulu sebelum menjalinkan hubungan serius.
7 hb – Sifat lelaki yang lahir pada tarikh ini adalah cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya dilafazkan sehingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu. Jadi, berhati-hatilah.
8 hb – Lelaki ini agak pendiam dan menyukarkan anda mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Baginya buang masa saja kalau berbicara soal yang tidak berfaedah.
9hb – Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang sehingga menjadi buruan ramai gadis.
10hb – Seorang yang jujur, berterus terang dan akan berusaha mendapatkan apa yang diingininya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya. Suka jika ada orang yang mengambil berat dan sering bertanya khabar tentang dirinya.
11hb – Lelaki ini mementingkan kerjaya ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Si dia perlu diajak menghadiri majlis sosial. Tidak salah memberi nasihat kepadanya supaya tidak terlalu memikirkan kerja kerana dia juga perlukan rehat. Bekerja sampai mati pun tidak akan habis.
12hb -Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temah, Bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.
13hb – Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya seseorang ini cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata dan menggemari wanita yang pandai berdikari.
14hb – Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali. Si dia juga mementingkan keluarganya.
15hb -Lelaki ini suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Menyukai wanita yang mempunyai sikap manja semula jadi namun mudah terasa.
16hb – Bersikap garang namun kadangkala romantik dan penyayang juga. Jenis ini sangat sukar untuk didekati. Gemar wanita yang bersikap lemah lembut.
17hb – Lelaki lahir pada tarikh ini seorang yang lembut. Lembut. Sekali pandang mungkin anda menggambarkan si dia jenis yang lembut. Namun sebenarnya mereka juga seorang yang tegas dalam membentuk keharmonian sebuah perhubungan.
18hb -Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.
19hb -Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia akan suka sekiranya dilayan seperti bayi.
20hb -Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi yang mencemaskan, riak wajahnya akan tetap tenang tapi tidak hatinya.
21hb – Sering bersikap ‘moody’ tapi masih boleh dikawal. Tapi si dia gemar bersantai di kafe-kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.
22hb – Agak emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu seorang gadis.
23hb – Seorang yang agak ego, moody dan mementingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawan-kawannya.
24hb – Seorang yang takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. Sangat setia orangnya.
25hb – Seorang yang periang dan gemar berbuat lawak.
26hb – Si dia adalah seorang yang mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika si dia mempunyai koleksi kekasih. Si dia senang ditawan tetapi banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Si dia meminati gadis yang berkarakter dan tahan lasak.
27hb – Walaupun nampak brutal tapi sebenarnya berjiwa sentimental. Tidak suka ditipu dan sangat menepati janji.
28hb – Si dia suka memerintah. Suka jika teman wanita mengikut telunjuknya. Jika wanita berdepan lelaki seperti ini, cuba kawal sikap dirinya itu.
29hb – Seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan. Boleh dikatakan seorangplayboynamun boleh jadi seorang yang setia jika hatinya benar-benar sudah tertawan dengan seorang gadis.
30hb – Seorang yang boros berbelanja terutamanya ‘memekapkan’ kereta kesayangannya itu. Perlukan seseorang yang boleh mengawal kewangannya.
31hb – Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Si dia juga menyukai gadis yang berpersonaliti.

0 comment... add one now