Cermin gelap: Aksesori atau keperluan


Siri Penerangan Undang-Undang Islam (SPUI-1) Syarat mengikat kerajaan bagi jaminan kebebasan rakyat

Saya sangat setuju dengan pandangan bahawa cermin gelap bukan aksesori tetapi keperluan. Sebagai contoh kawan-kawan peniaga yang biasa ambik stok di Chow Kit, mereka memasang cermin gelap bagi mengelakkan 'Mat Pit' daripada mengintai barangan di dalam kereta. 'Mat Pit' sanggup memecahkan cermin kereta hanya untuk mengambil smart tag

Peniaga-peniaga ini lebih rela mengambil risiko disaman polis berbanding dipecahkan cermin kereta. Seorang kenalan yang lain, seorang eksekutif yang memandu kereta Audi Q3. Sudah 2 kali beliau disamun di trafic light ketika lampu merah justeru mereka melihat "perempuan" memandu kereta mewah. 

Akhirnya beliau tekad memasang cermin gelap supaya penyamun tidak dapat melihat dengan jelas mereka yang berada dalam kereta. Boleh atau tidak cermin gelap dikategorikan sebagai undang-undang takzir. Dengan kata lain, kerajaan berhak melarang (baca sebagai mengharamkan) sesuatu yang tiada nas. 

Tetapi syaratnya ialah kerajaan mesti membuktikan sejauh mana sesuatu yang diharamkan itu memberi mudharat kepadanya atau orang sekitarnya. Jika tidak, maka kerajaan tidak boleh melarang rakyat untuk bercermin gelap. Jika kerajaan melakukannya juga bermakna kerajaan telah mencampuri hak rakyat secara salah menurut syariat.

Secara ringkasnya, kerajaan terikat dengan peraturan syariat, iaitu kerajaan perlu buktikan terlebih dahulu mudharat di sebalik sesuatu (dalam kes ini cermin gelap) sebelum ianya diharamkan secara sah menurut syariat. Maka dengan itu rakyat lebih bebas dengan peraturan yang mengikat kerajaan daripada melakukan sekatan sewenang-wenangnya ke atas rakyat. 

0 comment... add one now