Cara Untuk Melupakan Kekasih Lama


BUKAN mudah untuk kita melupakan kekasih lama. Kekasih yang telah kita kenal sejak sekian lama, tiba-tiba pergi begitu sahaja. Perhubungan yang dibina selama ini, putus seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku.

Ceriakan diri anda

Memang sukar untuk melalui hari-hari tanpa si dia di sisi. Diri terasa sepi, sunyi tanpa teman. Tetapi hidup mesti diteruskan. Walaupun pelbagai dugaan yang dilalui, anda perlu kuat untuk meneruskan kehidupan anda. Mulakan sesuatu yang baru. Sekurang-kurangnya anda akan rasa gembira kerana mempunyai pengalaman baru.

Jumpa dengan kawan-kawan baru

Berjumpa dengan kawan-kawan baru anda adalah salah satu cara untuk anda berkenalan dengan kawan baru adalah dengan menyertai persatuan atau kelab yang sama minat dengan anda.

Niat untuk Kuatkan semangat

Jangan mudah untuk putus asa dan berhenti berharap. Anda perlu kuatkan semangat anda. Walaupun si dia telah pergi meninggalkan atau telah berkahwin dengan orang lain. Anda, harus merelakan hati untuk meneruskan kehidupan harian anda seperti biasa. Selain itu, anda sebenarnya masih mempunyai perkara lain yang boleh menggembirakan hati sendiri.

Elakkan dari bersendirian

Apabila anda bersendirian, anda akan cenderung untuk mengingat semula kekasih lama anda. Untuk itu, adalah lebih baik jika anda melakukan perkara-perkara lain atau berjumpalah dengan rakan-rakan anda. Jangan duduk bersendirian dan memasang lagu-lagu romantik yang biasa anda berdua dengar bersama-sama pada suatu ketika dahulu. Saya tahu, setiap pasangan pasti mempunyai ‘lagu tema’ mereka masing-masing. Jika anda ingin melupakan si dia sepenuhnya, elakkan dari mendengar lagu tema anda berdua.

Banyakkan meluangkan waktu dengan Allah

Cara yang paling mudah untuk menenangkan hati ialah memperbanyakkan berdoa dan mengadu kepada Allah, Insha’Allah Allah akan mempermudahkan urusan dan merancang kehidupan kita jauh lebih baik dari yang sekarang. Ingatlah bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Hidup tidak semstinya sentiasa indah. Kadang-kala kita di atas, kadang-kala kita di bawah. Memang sukar untuk melupakan orang yang kita sayang, tetapi demi diri kebaikan diri sendiri jugalah kita perlu berusaha melupakan kekasih lama.
Saya doakan agar anda tabah, dan kuat menghadapi cabaran liku-liku kehidupan dalam percintaan dan mengadu kepada Allah, Insha’Allah akan dipermudahkan urusan oleh Allah dan merancang kehidupan kita jauh lebih baik dari yang sekarang. Ingatlah bahawa setiap apa yang berlaku  pasti ada hikmahnya.
Hidup tidak semestinya indah. Kadang-kala kita di atas, kadang-kala kita di bawah. Memang sukar untuk melupakan orang yang kita sayang, tetapi demi diri kebaikan diri sendiri jugalah kita perlu berusaha melupakan kekasih lama. Saya doakan agar anda tabah, dan kuat menghadapi cabaran liku-liku kehidupan dalam percintaan.

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Julai 14, 2016
paling sakit, dah lupa, dia pulakk datang balikkk.