Cara nak buat telur kuning kat luar, telur putih kat dalam

Telur
Zaman sekarang ni banyak jenis masakan yang kita dapat tgk kat kedai2 makan seluruh Malaysia. Ada setengah tu sampai nak sebut nama menu pon susah. Tiap2 tahun ada je menu2 baru yang dicipta dan rasa nya tak da la teruk sangat.
Biasanya telur ni putih kat luar kuning kat dalam, tapi kat sini saya nak share ngan semua cara nak buat telur jadik kuning kat luar, putih kat dalam.
Barang2 yang diperlukan adalah:
1.Telur
2.Stokin panjang
3.Wayar/Dawai
4.Pita selofan
5.Lampu suluh
Cara membuatnya adalah:
1.Lekatkan pita selofan pada telur keseluruhan bahagian telur. Tujuannya adalah utk tidak bagi telur mudah pecah ketika proses nak buat.
Telur 1
2.Masukkan telur ke dalam stokin dan pastikan telur berrada di posisi tengah telur.
Telur 2
3.Ikat bahagian kiri telur dengan stokin. Kemudian ikat bahagian kalan telur itu dengan wayar/dawai.
Telur 3
4.Pusingkan stokin macam pusingkan yo-yo.
Telur 4
5.Dah selesai pusingkan telur, keluarkan telur dan suluh pakai lampu suluh. Kalau telur tu warna hitam ketika disuluh, maksudnya berjaya. Kalau tak berjaya, telur tu akan jadik cerah masa kene suluh ngan lampu dan sila ulang langkah 1 hingga 4 semula.
Telur 5
6. Rebuskan telur dan pastikan telur tu di pusing2kan ketika direbus.
7.Kupas kulit telur yang dah direbus dan potong dua.
Telur
Di bawah ni saya sertakan video cara2 utk membuat telur ini supaya mudah bagi mereka2 yang nak mencuba.
P/S: Selamat Mencuba

0 comment... add one now