Cara masak sardin dalam rice cooker


Untuk yang pertama kali nak belajar masak atau mungkin nak cuba cara lagi mudah untuk masak sardin,  ini cara masak sardin dalam rice cooker. Senang je kalau tengok sekali dah boleh buat sendiri. Cara ni sesuai untuk mereka yang takut nak bukak api dapur. hehe

 
 
Homemade Sardines :

1kg ikan sadin - bersihkan
2 labu bawang besar - potong dadu
2 biji tomato - potong dadu
3-4 ulas bawang putih - tumbuk, racik atau kisar 
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan minyak
sedikit gula dan garam
Air secukupnya 
Boleh tambah sedikit cili sos kalau suka

Cara2:

1. Guna pressure cooker. Apa jenis pun boleh.
2. Tumis bawang sekejap.
3. Masukkan tomato, dan semua bahan.
4. Masukkan ikan dan gaul2 sikit.
5. Tambah air cukup untuk tenggelamkan ikan (macam gambar)
6. Tutup dan setkan high pressure selama 90 minit.
7. Pelan2 lepaskan pressure baru buka penutup.
8. Jika kuah terlalu banyak atau nak pekat sikit, renih sampai tahap yg dikehendaki.
 








0 comment... add one now