Cara Elakkan Bayi Sembelit Dengan Daun Kunyit

Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil terutamanya yang masih menyusu badan. Bayi boleh mengalami sembelit apabila mula makan makanan pejal selepas 6 bulan ke atas. Susu badan tidak boleh menyebabkan sembelit kerana susu tiada ‘hampas’ sebaliknya diserap sepenuhnya oleh badan.
 



Tanda-tanda bayi sembelit:

 

  1. Ketulan najis yang keras.
  2. Kekerapan membuang najis kurang daripada biasa.
  3. Bayi tidak selesa atau kurang aktif.
  4. Kembung
  5. Perut keras.
  6. Bayi kelihatan sakit atau perli menggunakan daya untuk membuang air besar. (meneran)
 
 
Antara petua untuk mengatasi masalah sembelit dengan menggunakan daun kunyit. Layurkan beberapa helai daun kunyit di atas api sehingga layu. Letakkan daun kunyit itu di atas perut bayi, tidak sampai beberapa minit bayi anda akan membuang air besar.

0 comment... add one now