Berkreatif Dengan Gambar Raya Guna Aplikasi Flipagram


MUSIM raya ini agak seronok jika kita boleh berkreativiti dalam fotografi menggunakan gambar yang banyak diambil semasa berhari raya bukan?

Apa kata anda cuba sebuah aplikasi, Flipagram yang menawarkan keupayaan menggubah foto dalam telefon pintar menjadi satu video menarik yang boleh dihadiahkan kepada rakan dan saudara mara.
Flipagram membolehkan video digabungkan daripada foto dan tambahan audio, sebelum ianya dikongsi dalam aplikasi sosial lain seperti YouTube, Vine, Instagram, Facebook, Twitter atau WhatsApp.
Berkreatif Dengan Gambar Raya Guna Flipagram
Ia turut mempunyai 15 jenis penapis atau filter tersendiri di samping mod selfie khas.
Pada masa sama, anda turut boleh mengeposnya secara umum untuk menerima ‘Like’ dan komen.
Aplikasi baharu ini membolehkan anda memperoleh 60 saat muzik percuma selain berkeupayaan memasukkan rakaman suara sendiri. 

0 comment... add one now