Bekas Jerawat Masih Belum Hilang? Cuba 6 Cara Efektif Ini Pada Wajah Anda



Kadang-kadang, sampai ambil masa bertahun-tahun untuk hilangkan bekas jerawat kan? Dah guna bermacam cara serta produk tapi masih tak menjadi ? korang pernah guna cara yang hanya memerlukan barang-barang yang mungkin terdapat di dapur rumah korang je? Nak tahu? Jom lihat apa cara berkesan.
 

1) Aloe Vera

 
Sapu Aloe Vera pada bekas jerawat dan biarkan selama 30 minit. Jangan risau, Aloe vera tiada kesan sampingan dan sangat bagus kerana sumber vitamin yang terkandung boleh memperbaiki struktur kulit.
 

2) Baking Soda

 
Soda penaik ini sangat efektif dalam menghilangkan parut jerawat. Caranya mudah sahaja, letak2-3 sudu soda penaik dalam air suam, kacau dan sapukan pada bahagian kulit anda yang bermasalah jerawat selama beberapa minit.
 

3) Madu Asli

 
Madu asli organik sangat sesuai untuk diletakkan pada kulit berjerawat. Sapu dan biar ia kering pada kulit. Kalau nak lagi menjadi, campurkan madu asli organik dengan 1 sudu serbuk kayu manis bagi setiap 2 sudu besar madu itu.
 

4) Timun

 
Timun banyak khasiat. Timun megandungi vitamin A, C dan juga magnesium. Timun boleh menghilangkan bekas jerawat , berlubang pada muka selain menghilangkan eyebag pada mata.
 

 5) Tomato
 

Kisar Tomato dan sapukan pes tomato pada wajah selama 15-20 minit.
 

6) Cuka Epal

 
Campur 1 bahagian cuka epal dengan1 bahagian air suam. Ambil kapas dan rendamkan . Kemudian letak dan tekankan pada bahgian jerawat. Biarkan selama 5 hingga 10 minit okay! 

 Sumber siraplimau

0 comment... add one now