Beg Ini Boleh Jadi Tempat Cuci Ketika ‘Travel’



KETIKA pergi melancong, salah satu perkara paling kritikal ialah basuh pakaian terutama jika bawa banyak baju sehingga terpaksa pergi ke dobi agar keperluan pakaian tetap sentiasa ada.

Melihat masalah tersebut, The Scrubba, sebuah syarikat di luar negara membuat inovasi untuk ramai pengembara khasnya jenis backpackeryang kerap dihimpit dengan persoalan asas tersebut sepanjang perjalanan.
Pada April lalu, mereka memperkenalkan ‘Scrubba Wash Bag‘ yang bukan sahaja boleh menampung pakaian malah menjadi tempat untuk membasuh secara manual jika anda berada jauh dari rumah sendiri.

Selain itu, ia dilengkapi dengan banyak ‘dot’, Scrubba Wash Pack mampu membersihkan segala kotoran baju pakaian anda.
Scrubba Wash Bag ialah seumpama tempat cuci secara fleksibel yang boleh dibawa ke mana-mana.
Laman web tempatan melaporkan, anda boleh mendapatkan benda unik ini dengan harga AS$55 atau RM219 jika berminat? Cuba semak terlebih dahulu cara penggunaannya melalui video di bawah ini. 

0 comment... add one now