Bagi Tetamu Apartment, iPad dan Smartphone. Siapa Pengantin Lelaki Ni?



Mungkin perkara ini tak pernah dan belum terjadi lagi di Malaysia, tetapi di Indonesia seorang lelaki memberi apartment, iPad dan telefon pintar kepada tetamu yang hadir ke majlis perkahwinannya. Kayanya lelaki ni kan?

Perkahwinan Septian Suryawirawan dengan Sylvie Yulianti yang diadakan serba mewah di Imperial Ballroom Pakuwon Golf & Family Club,  Vila Bukit Regensi Pakuwon Indah, Surabaya Indonesia. Sebagai tanda penghargaan kepada tetamu yang hadir, Septian yang juga seorang ahli perniagaan bergelar jutawan bermurah hati memberi sebuah apartment dan banyak lagi hadiah mewah lain melalui cabutan bertuah. 

Sebanyak 520 orang tetamu yang hadir di samping ramai lagi artis Indonesia untuk memeriahkan majlis perkahwinan tersebut. 

Sedikit fakta mengenai Septian Suryawirawan. Beliau merupakan bekas manager kepada seorang ahli silap mata popular Indonesia iaitu Romy Rafael. Namun, selepas penerimaan kepada magician di sana semakin menurut Tian mengambil langkah untuk menukar bidang kerjaya menjadi seorang promoter muzik hanya menggunakan mulutnya saja. 

"Saat magician semakin surut, saya fikir bahaya ni, kerana saya tak akan dapat wang," tuturnya kala ditemui selepas pernikahan mewahnya.

"Akhirnya saya memutuskan buat event muzik dan cuma modal 1M (RM 300), mulut. Jual mulut, saya jual ke beberapa orang kaya. Dan akhirnya mereka support saya. Padahal saya tak punya skill buat event. Tapi bersyukur tiap event saya selalu berhasil," kenangnya.
 

 
Sumber: Kapanlagi.com

0 comment... add one now