Atlit Angkat Berat Eddie Hall Hampir Maut Selepas Angkat Beban Seberat 500Kg



Korang mesti pernah tengok pertandingan angkat berat kan? Sebenarnya manusia ada had sendiri untuk mengangkat beban mengikut keupayaan badan masing-masing. Jika dipaksa, individu tersebut mungkin berhadapan dengan maut.
 
Seorang lelaki dari Britain rebah selepas mengangkat beban seberat 500kg yang menyebabkan pembuluh darah di kepalanya pecah.
 
Eddie Hall merupakan peserta dalam pertandingan World Deadlift Championships berkata,beban ditambah menjadi 500kg selepas beliau berjaya mengangkat beban 465kg. Gara-gara aksi merbahaya tersebut, Hall hampir maut dan ketika kejadian, Hall rebah dan mengalami pendarahan di hidung dan keadaan menjadi kelam kabut untuk menyelamatkannya.
 
Namun, Hall tetap berbangga kerana beliau merupakan orang pertama berjaya memecah rekod mengangkat berat separuh tan walaupun beban tersebut hampir membunuhnya. 

 

0 comment... add one now