Amar Baharin Menceritakan Detik Cintanya Berputik Terhadap Amyra Rosli

amyraamar1
Amar Baharin memberitahu tindakannya tidak berterus-terang dan kunci mulut tentang status hubungannya dengan aktres Amyra Rosli berikutan bimbang ia tidak kesampaian. Beliau ingin mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku sebelum tarikh sebenar perkahwinan mereka ditetapkan.
“Saya tidak mahu menjaja cerita tentang cinta kerana takut jika hubungan itu terputus perlu diberitahu kepada media juga. Saya ambil keputusan untuk dedahkan ia selepas tarikh perkahwinan sudah ditetapkan dan pasti.”
Amar dan Amyra telah mengumumkan untuk bernikah pada 11 November depan dalam sebuah majlis yang akan diumumkan lokasinya. Majlis pertunangan akan diadakan secara tertutup pada 22 Julai ini yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
amyrakeluarga1.jpg
Amar berkongsi cerita tentang cara bagaimana dia mula jatuh cinta ketika mereka berlakon dalam drama Suamiku Encik Sotong kira-kira setahun lalu.
“Kami mula rapat apabila sering bersama iaitu ketika berlakon dalam drama Suamiku Encik Sotong. Selepas itu kami memang rapat dan selesa bersama sehingga saya beritahu ibunya untuk menghantar rombongan merisik. Secara jujur Amyra seorang wanita paling istimewa daripada ramai-ramai wanita yang saya kenal sebelum ini.”
Amyra pula mengakui Amar merupakan lelaki yang memenuhi ciri-ciri lelaki idamannya. Katanya, pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan itu seorang yang matang dan serius dalam menjalinkan hubungan istimewa berkenaan.
“Ya, Amar memenuhi ciri-ciri lelaki idaman saya dan dia serius dalam membawa hubungan kami ini ke peringkat yang seterusnya.”
Apabila ditanya tentang keputusannya untuk menamatkan zaman bujang dalam usia muda, Amyra berkata, kebanyakan ahli keluarganya berkahwin pada usia muda.
“Tiada masalah berkahwin dalam usia muda kerana ibu dan mak cik saya juga menamatkan zaman bujang pada umur yang muda. Apa yang penting kita pandai menjaga suami dengan baik.”
Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada pasangan romantik ini! Oh pandai sorok ye! Haaa Amar kena jaga Amyra baik-baik tau, jangan sakitkan hati Amyra! Ecececeh!
Sumber:  mStar

1 comment... add one now