Aksi Lucu Abang Terlajak Laris Dengan Kucingnya Dody


SEBUT sahaja tagline ‘terlajak laris’ pasti ramai yang sudah mengenali figura ini. Malah tagline itu telah sinonim dengan individu ini yang merupakan pengasas kepada produk kecantikan D’Herbs iaitu Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.
Viral di laman sosial sebuah video memaparkan aksi lucu Datuk Aliff bersama kucing eksotik peliharaannya iaitu Dody yang dibeli dengan kos sebanyak RM 30 ribu.

Menerusi video yang dimuat naik melalui Instagram itu, Datuk Aliff yang memakai baju putih berseluar corak petak-petak memanggil Dody dengan panggilan ‘kucing ajaib’.
Datuk Aliff dilihat bermain-main dengan haiwan peliharaannya itu dan cuba untuk memeluknya, namun Dody bertindak ‘agresif’ dan cuba mengigit jarinya menyebabkan Abang Terlajak Laris menjerit terkejut.
Tambah mencuit hati lagi apabila, Dody dengan tiba-tiba menerkam belakang Datuk Aliff sehinggakan dia terjerit dan melompat lari ke belakang halaman rumahnya sambil diikuti oleh kucing peliharaannya.
Video yang dimuat naik itu telah ditonton lebih dari 70 ribu, setelah dimuat naik ke Instagram semalam. 

0 comment... add one now