Ajaib! Ramai Akui Pening Kepala Tengok Hasil Mekap Ilusi Gadis Ini


KEBIASAANNYA mekap mampu mengubah wajah seorang menjadi lebih cantik dan anggun, namun berbeza pula dengan apa yang dilakukan oleh seorang mekap artis dari Thailand bernama Monticha Sriyoschati.

Ini kerana wanita ini boleh membuatkan sesiapa sahaja yang melihat hasil mekapnya menjadi keliru dan pening kepala.
Pun begitu, teknik Monticha berjaya mengagumi ramai kerana hasil karyanya sangat teliti serta realistik jika dilihat dengan mata kasar.
Masakan tidak, Monticha sangat handal mencipta ilusi optik hingga orang ramai tidak dapat membezakan mata, mulut dan hidung orang.
Buktinya, lihat wajah model bernama Jan Baiboon yang diubah oleh Monticha ini.
makeup ilusi
MAKEUP ILUSI
makeup ilusi
MAKEUP ILUSI
makeup ilusi
MAKEUP ILUSI
Monticha yang melukis lima pasang mata dan enam bibir ini pada wajah Jan ini berjaya menarik perhatian ramai hingga menjadi viral di Internet.
Ajaibnya ramai netizen mengadu sakit kepala melihat karya ilusi optik itu. 

0 comment... add one now