AirAsia sekali lagi dinamakan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia Lapan Tahun Berturut-Turut

AirAsia sekali lagi dinamakan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia

AirAsia dinamakan "Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia" dan "Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia" untuk lapan tahun berturut-turut oleh Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax.

Syarikat penerbangan itu menerima anugerah tersebut di Farnborough International Airshow di Hampshire, England pada Khamis (12 Julai).  

Berita gembira itu turut dikongsi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes menerusi akaun Instagramnya, sebentar tadi.

“Penerbangan tambang rendah terbaik dunia untuk lapan tahun berturut-turut.

“Bila kami mulakan penerbangan ini, saya tidak pernah sangka kami akan menang gelaran itu untuk lapan tahun berturut turut daripada 14 tahun,” tulis Tony.
Tambah beliau, banyak perkara lagi yang perlu diperbaik oleh syarikat penerbangan itu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

“Ada banyak perkara yang kami masih perlu diperbaik, seperti perkhidmatan pelanggan.

“Terima kasih kepada pelanggan kami serta 17,000 kakitangan kami yang bertungkus lumus untuk kejayaan ini.”

Bukan itu sahaja, Pengerusi CIMB Group Holdings, Datuk Seri Nazir Tun Razak yang juga merupakan kawan baik Tony mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan itu di akaun Instagramnya.

“AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambah rendah terbaik untuk lapan tahun berturut-turut. Tahniah Tony Fernandes,” ucap beliau.

0 comment... add one now