Air Terjun Santo Angel, air terjun tertinggi di dunia

Santo Angel, air terjun tertinggi di dunia
Air terjun Angel menjadi air terjun tertinggi di dunia. – Foto www.keteka.com

CARACAS - VENEZUELA.  Air Terjun Angel atau Santo Angel adalah merupakan satu tarikan yang menarik di negara ini dan terletak di Rio Caroni, Taman Nasional Canaima, Venezuela.
Difahamkan, nama air terjun ini turut tersenarai di dalam Guinness World Record selepas mencatatkan ketinggian setinggi 979 meter (3.212 kaki).
Air terjun ini ditemui secara rasmi oleh seorang juruterbang Amerika Syarikat, James Crawford Angel yang sedang dalam perjalanan mencari lokasi timbang emas pada ketika itu iaitu sekitar tahun 1936.
Dia kemudiannya mendaratkan pesawatnya berhampiran air terjun berkenaan.
Oleh sebab demikian, air terjun ini dinamakan bersempena dengan nama Angel iaitu individu yang telah menemui lokasi berkenaan.
Suku Indian Pemon (penduduk setempat) menyebut air terjun tersebut sebagai "Auyan-tepui" ("Aiyan-tepui") yang membawa maksud gunung syaitan kerana ramai pendaki yang cuba menaiki gunung berkenaan tidak pernah kembali dan dipercayai maut.
Ketinggian rasmi air terjun ini disahkan oleh National Geographic Society pada tahun 1949.
Keadaan geografi di sekitar rantau ini turut menjadi faktor utama kepada pembentukan air terjun Angel serta turut dipengaruhi oleh air terjun lain di kawasan sekitarnya.
Untuk berkunjung ke air terjun Angel, ia semestinya merupakan satu perjalanan yang sukar memandangkan para pelawat perlu menaiki pesawat dari Puerto Ordaz atau Ciudad Bolivar untuk menuju ke Canaima Camp.
Dari Canaima Camp, pelawat perlu menyusuri Sungai Churun yang mengalirkan air terjun berkenaan dengan menggunakan kano selama tiga hari.
Namun begitu, para pengunjung yang ingin menikmati keindahan panorama indah di air terjun ini juga boleh berhubung terus dengan operator di Venezuela yang bersiap-sedia untuk menghantar terusi para pelawat ke sana. – Guinness Wold Records

0 comment... add one now