Ada Orang Curi Wifi Kita? Ni Cara Macam Mana Nak Tahu



Pelik tak kejap wifi kat rumah laju lepas tu tiba-tiba lembab sangat. Mula lah marah kenapa lambat bayar mahal tapi lambat la apa semua. Haaa, sebelum nak salahkan mana-mana pihak wifi korang tu, mana lah tahu lambat sebab ada orang yang curi wifi tu ! Tapi macam mana nak tahu ada orang curi guna wifi kita? 

 
1. Tengok lampu pada router 

Cara mudah nak tahu ada orang guna wifi kita ke tak senang je. Off semua wireless devices. Kemudian, tengok kat lampu indicator kat router tu. If menyala then memang ada orang curi wifi korang. 




2. Check kalau ada IP address yang lain list device tu

Kat website pengeluar akan ada arahan macam mana nak log router, kemudian ia memerlukan pengguna untuk masukkan Internet Protocol (IP) address ke laman web tu dengan masukkan administrator dan password. 

Bila dah log in, ada akan list IP address, MAC address dan nama device yang kita boleh check bila dia pop up. Masa ni boleh tengok mana device pelik-pelik yang ada. 







Kalau korang ada jumpa perbezaan nombor atau nombor IP Address kat router tu lebih daripada devices yang connected dengan wifi maknanya memang ada orang curi wifi korang!

3. Guna applikasi atau program untuk detect siapa yang guna wifi 

Kalau tak boleh guna cara kat nombor 2 tu korang boleh install aplikasi atau program yang boleh check siapa yang guna wifi korang. Who Is On My Wifi adalah free software untuk Windows dan Mac. 
 
 Sumber: Says

0 comment... add one now