Header Ads

5 Petua Halang Cicak Masuk Rumah Paling Terbaik

5 Petua Halang Cicak Masuk Rumah Paling Terbaik | Sebut pasal cicak di mana-mana saja ada terutamanya di rumah? Benarkan.. Itu perkara biasa! Tapi kalau dah banyak sangat pun rimas juga penuh dengan tahi pulak. Lagi satu cicak ada pun tak baik. Korang boleh ikut 5 petua halang cicak masuk rumah ni. Jom usha tips ini!

5 Petua Halang Cicak Masuk Rumah Paling Terbaik

5 Petua Halang Cicak Masuk Rumah Paling Terbaik

1. Kulit telur

Petua pertama adalah anda boleh cuba guna kulit telur. Sebab? Cicak tidak suka bau kulit telur. Korang letak je celah tingkap, tepi bucu perabot atau dekat dapur, atau di bahagian yang banyak cicak. Kulit telur harus ditukarkan jika dah masuk 3 minggu atau selebihnya.

2. Lada Hitam 

Petua kedua adalah anda sediakan lada hitam, serbuk cili dan letak air. Untuk lebih mudah, korang masukkan dalam botol spray seperti Ridsect! Sembur di bahagian dinding, celah pintu, belakang almaru untuk halau cicak. Sebab? Cicak memang tidak tahan dengan pedas.

3. Serbuk Kopi
Petua ketiga adalah korang sediakan satu bekas dan letak serbuk kopi dan juga serbuk tembakau.Lepas itu, gaulkan. Kemudian, sediakan pencungkil gigi atau batang mancis. Korang sapu sedikit gam di atasnya, kemudian lalukan pada serbuk yang korang dah campur dan gaul. Selepas dah siap boleh letak di belakang almari, belakang peti ais.
4. Sediakan bawang putih atau bawang merah

Petua keempat adalah anda cuba ambil bawang merah atau bawang putih dan gantungkan di bahagian yang anda hendaki. Ataupun, anda kisar dan sembur di sudut-sudut yang banyak cicak.
5. Ply paper
Petua kelima adalah anda boleh cuba gunakan Ply paper untuk membuatkan cicak tersekat. Korang letak di bucu dinding untuk perangkap cicak yang lalu di atas ply paper ini. Ni cara sangat mudah !

Bagaimana anda? Dah cuba cara yang saya kongsikan di atas untuk menghalau cicak dari masuk rumah. Tak susah pun semua kelengkapan ada dir rumah anda. Jangan lupa ya kongsi petua ni!

No comments

Powered by Blogger.