9 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Spesifikasi Perodua Bezza (2016)

perodua bezza
SELEPAS foto hadapan dan belakang, kini giliran brosur Perodua sedan pula berlegar-legar di media-media sosial. Jadi, memang sah beberapa maklumat spesifikaksi yang didedahkan beberapa sumber. Dikenali sebagai Perodua Bezza, nama itu sendiri sebenarnya diambil daripada model konsep Perodua yang didedahkan di Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010.
Sedia maklum juga, Perodua Bezza atau dikenali sebagai Perodua Sedan sebelum ini bakal dilancarkan pada 21 Julai 2016. Sebelum menanti hari pelancaran, apa kata kita kenali dahulu ciri-ciri menarik Perodua Bezza.

1. DUA PILIHAN ENJIN

Perodua Bezza hadir dengan kapasiti enjin1.0L dan 1.3L. Bagi enjin 1.0L 1KR-VE dengan VVT-i, ia menghasilkan kuasa sebanyak 67hp pada 6,000rpm dan tork 91Nm (4,400rpm). Manakala enjin 1.3L dijana enjin 1NR-VE dengan Dual VVT-i berkuasa 94hp (4,400rpm) dan tork 121 (4,000rpm).

2. TAMPIL 3 VARIAN

Perodua Bezza tampil dengan tiga varian;Bezza Standard G (1.0L), Bezza Premium X (1.3L) dan Bezza Advance (1.3L).
Jenis transmisi ialah automatik 4-kelajuandan manual 5-kelajuan, tetapi varian Bezza Advance cuma ada transmisi automatik sahaja.

3. CIRI KESELAMATAN TERMAJU

Menarik mengenai Bezza ialah semua varian dilengkapi ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik( EBD). Bagi varian Advance pula mendapat tambahan ciri Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC).

4. SISTEM MULA-HENTI

Perodua Bezza bakal memperkenalkansistem mula-henti (Eco Idle) pada varian premium yang menyamai teknologi i-Stop digunakan Mazda2.
Sistem mula-henti berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman secara automatik bagi mengurangkan masa enjin melahu, sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi. Ya, ia sistem sama yang digunakan kenderaan hibrid dan amat berguna ketika berdepan situasi kesesakan teruk.

Perodua Sedan Belakang_Pandulajudotcomdotmy5. TEKNOLOGI TERKINI

Pembeli Bezza Premium X dan Advance turut dibekalkan filem pelindung keselamatan dan solar, akses pintar, punat mula-henti dan port USB untuk slot telefon bimbit di konsol belakang, punat kawalan jauh untuk bukaan but.
Ciri audio pula didatangkan standard bersama sambungan USB untuk semua varian, manakala Bezza Premium X mendapat tambahan fungsi wayarles, Bluetooth dan Bezza Advance dilengkapi sistem multimedia dengan navigasi dan ‘Smart Link’ berserta kamera undur.

6. TERIMA 5-BINTANG ASEAN NCAP

Bagi versi premium, Perodua Bezza menerima pengiktirafan  keselamatan 5 bintang yang diperoleh dalam ujian perlanggaran ASEAN NCAP.

7. LIMA TAHUN WARANTI

Sama seperti model Perodua sedia ada, Bezza turut ditawarkan waranti selama lima tahun atau 150,000km perbatuan.

8. PRAKTIKALITI

Tidak juga dilupakan aspek praktikaliti yang sinonim dengan model Perodua, di mana konfigurasi tempat duduk belakang Bezza boleh dilipat secara 60:40 untuk mendapatkan lebih ruang muatan.

9. HARGA KOMPETITIF

Bagaimana pula harga? Jika lihat pada brosur dilampirkan, Perodua turut nyatakan harga Perodua Bezza adalah mampu milik. Kami jangkakan harga jualan akan berada di pertengahan antara Perodua Axia dan Myvi. Kemungkinan harga jualan akan berada sekitar RM35,000 hingga RM50,000.
Apa-apapun, nantikan laporan penuh kami pada 21 Julai sebaik saja model sedan ini dilancarkan.
perodua-bezza-i

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Julai 14, 2016
tak sabar nk tgk atas jalan raya plakk