9 Fakta Menarik Tentang Rolls-Royce Dawn, Kereta Mewah RM4 Juta Kini di Malaysia


MODEL Rolls-Royce Dawn sudah tiba di pasaran tempatan dibawa oleh Rolls-Royce Motor Cars (RRMC). Model Drophead atau konvertibel empat tempat duduk super mewah itu disifatkan penguji dan individu paling disegani dunia sebagai jentera yang mendefinisikan setiap intipati kemewahan dalam dunia automobil.
Kehadiran Rolls-Royce Dawn juga menjadikangolongan hartawan muda sebagai sasaran utama pembeli. Pengarah Urusan RRMC Kuala Lumpur, Datuk Michael Ong berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jenama Rolls-Royce mengalami transformasi apabila generasi baharu usahawan berjaya mula mempunyai keinginan memiliki jentera jenama itu.

9 FAKTA MENARIK

  • Produk paling seksi dihasilkan Rolls-Royce dengan menyasarkan pelanggan muda dan kaya.
  • Rolls-Royce memilih bumbung kanvas berbanding bumbung keras (hardtop). Bayangkan betapa besar belakang Rolls-Royce Dawn sekiranya bumbung keras digunakan.
  • Objektif konfigurasi fabrik bumbung adalah menghasilkan sebuah kereta konvertibel paling senyap di dunia. Dalam terma automotif Rolls-Royce, mekanisme bumbung yang lancar dan senyap ini dipanggil ‘Silent Ballet’.
  • Mekanisme bumbung Rolls-Royce Dawn mampu beroperasi sepantas 20 saat pada kelajuan 50kmj.
  • Seperti model Wraith, Rolls-Royce Dawn menggunakan kotak gear 8-kelajuan ZF dan dipadukan bersama sistem GPS yang berfungsi menyesuaikan pemanduan dengan tetapan gear tepat ketika di selekoh.
  • Rolls-Royce Dawn dikuasakan enjin sama seperti model Ghost, iaitu V12 bersesaran 6592cc yang mampu menghasilkan kuasa 563hp dan tork setinggi 820Nm.
  • Nama Rolls-Royce Dawn merujuk kepada model Silver Dawn cabriolet keluaran 1950 dan 1954.
  • Rolls-Royce Dawn baharu menampilkan 80 peratus panel badan baharu yang unik, termasuk tayar baharu.
  • Harga Rolls-Royce Dawn di Malaysiabermula RM4 juta.
Mahu lihat lebih dekat? Sila kunjungi Bangsar Shopping Centre bermula 22-24 Julai ini, jam 11 pagi-8 malam. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Sumber - pandulaju 

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Julai 21, 2016
memang keemasann habisss..