8 Putera raja paling kacak di dunia, lihat no 8 mengejutkan!

andrea-casiraghi-10473669obxpa_1713
Putera raja biasanya dilihat sebagai seorang yang kacak di dalam filem-filem Disney. Tapi sejauh mana kebenarannya? Adakah memang putera yang berasal dari kerabat diraja ini memang kacak ataupun mitos semata-mata?
Jawapannya memang ada putera raja yang kacak wujud di dalam dunia ini. Di sini ada 8 orang Putera Raja yang boleh dikatakan kacak tahap dewa.

Putera Andrea Casiraghi, Putera Monaco

andrea-Casiraghi-630
Putera Andrea adalah anak sulung kepada Puteri dari Hanover, Caroline. Beliau juga merupakan cucu sulung daripada kerabat Rainier III.
Putera Andrea bukan sahaja kacak, malah juga merupakan seorang yang bijaksana apabila beliau boleh bertutur dalam banyak bahasa antaranya Inggeris, Itali, Jerman dan Perancis.
Putera Andrea juga sudah berkahwin dengan sosialit popular Tatiana Santo Domingo dan mempunyai anak lelaki bernama Alexandre Andrea Stefano.

Putera Carl Philip, Putera Duke of Varmland, Sweden

prince-carl--d
Putera Carl Philip, 36, ini adalah anak kepada Raja Carl XVI Gustaf dan Permaisuri Silvia. Putera Carl bukan sahaja kacak, malah beliau juga seorang yang aktif dengan aktiviti sukan terutamanya bola sepak, berenang, berlayar dan bermain ski.
Putera Carl bakal sudahpun menamatkan zaman bujangnya dengan seorang model jelita Sofia Hellqvist.

Putera Hamdan bin Mohammed Al Maktoum, Putera Mahkota Dubai

hamdan-bin-mohammed-al-maktoum-60
Ketampanan Putera Hamdan ini tidak dapat dinafikan, dan pastinya akan membuatkan ramai gadis-gadis di luar sana jatuh cinta padanya.
Putera ini dikatakan masih lagi solo.

Putera Felix, Putera Luxembourg

Prince-Felix
Putera Felix yang merupakan anak kepada Grand Duke Henri dan Grand Duschess Maria Teresa.
Putera berusia 31 tahun ini juga seorang yang aktif dalam aktiviti sukan seperti bola keranjang, tenis, bola sepak dan bola tampar.
Putera Felix sudah pun memiliki seorang anak perempuan yang diberi nama Puteri Amalia Gabriela Maria Teresa hasil perkahwinannya dengan Claire Lademacher.

Putera Guillaume, Hereditary Grand Duke Luxembourg

HGD-Guillaume-and-HGD-Stephanie-5
Ini seorang lagi Putera Raja daripada negera Luxembourg dan merupakan abang kepada Putera Felix.
Seperti adiknya Putera Felix, putera berusia 34 tahun ini juga sukakan aktiviti sukan, dan juga muzik kerana beliau seorang pemain piano. Putera Guillaume juga sudah berkahwin kepada Stephanie de Lannoy.

Putera Amedeo, Putera Belgium, Archduke of Austria-Este

540f835c513a7_-_tcx-12-bachelors-prince-amedeo-0213-xl-lg
Putera Amedeo adalah waris keenam untuk taktha negara Belgium. Beliau merupakan anak sulung kepada Putera Lorenz dan Puteri Astrid. Selain itu, beliau juga sudah berkahwin dengan Elisabetta Rosboch von Wolkenstein.
Menariknya, putera Amedeo ini mempunyai hubungan darah dengan keluarga diraja Austria, Belgium, Itali, Perancis, Swedish dan Spain.
Oleh itu, dia mempunyai nama penuh yang amat panjang iaitu Amedeo Marie Josep Carl Pierre Phillippe Paola Marcus d’Aviano.

Pengiran Muda Abdul Mateen, Putera Brunei

10838749_598204166946465_1886845836_n
Putera Mateen kini berumur 25 tahun dan merupakan anak ke-10 kepada Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei dan isteri keduanya, Mariam.
Putera Mateen merupakan seorang putera raja di bawah Sultan Brunei dan sangat giat aktif dalam sukan dan juga kerja-kerja amal kebajikan.

Tunku Abdul Rahman, Tunku Panglima Johor

5
Putera raya ini merupakan anak ke-5 kepada Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Sultan Johor.
Walaupun berusia baru sahaja 23 tahun, Tunku Abdul Rahman sangat gemarkan sukan polo dan juga merupakan seorang yang berjiwa rakyat seperti bapanya juga.

0 comment... add one now